Blogger Templates

button like

Thursday 8 March 2012

Rahsia kucing - kucing teman masa depan anda


Menarik, penuh enigma, bijak, comel,manja dan menghiburkan. Kucing merupakan haiwan yang ternyata berlainan dalam alam haiwan. Ia seharusnya disanjung dan dikagumi sebab ia seolah diberkati kuasa luar biasa !

Sains masa kini berjaya menyingkap sesetengah misteri yang menyelubungi haiwan ini. Kajian membuktikan kucing yang kita sayangi dan hargai sebagai teman sebenarnya mendatangkan manfaat yang besar kepada manusia.

Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi, khususnya untuk warga tua dan warga cacat.

Kanak-kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang.Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.

Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang
garam.

Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, purata 2% lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.

Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.

Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit kepala dan sakit belakang.

Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain.

Kucing sesungguhnya baik untuk kita. Ia menyerlahkan kesihatan dan merupakan teman sejati selain membekalkan anak-anak kita dengan keyakinan dan tanggungjawab agar mereka membesar menjadi orang dewasa yang riang dan seimbang.


sumber : http://www.farha.wakaf.net/kucing.html

Bandar Hello Kitty Johor dibuka akhir 2012


Dikhabarkan Bandar Hello Kitty akan dibuka di Johor pada akhir tahun 2012. Semestinya ini berita yang paling mengembirakan kanak-kanak. Pembinaan Taman Tema Indoor ini telah pun 80% siap setakat ini.
Hello Kitty mengatasai Dark Side


Taman Tema 4 tingkat di Puteri Harbour, Johor ini diusahakan oleh Themed Attractions & Resorts Sdn. Bhd bakal menjadi kediaman utama Hello Kitty di Selatan Asia. Bukan je Hello Kitty, turut ditampilkan karakter My Melody, Little Twin Star, Thomas & Friends, Barney & Friendly, Dinosour, Bob The Builder, Pingu & Penguin serta Angelina & Ballerina. 


Kampung Boy pun ada tau!!


Sorry lah Hello Kitty, kamu terpaksa berkongsi rumah dengan Kampung Boy! HAHA. Bangga woo kartun Malaysia diangkat sebaris kartun ternama! Tak sabar nak pergi nanti ni hehehe..

*FROM US WITH LOVE*

Wednesday 7 March 2012

TOP 3 UNUSUAL CAT

Malam ni tetibe jari rase gatal plak nak menaip.. hehe.. so nak cerita ape ek malam ni? hmmmmmmm...haa..!! 

KPK tau.. malam ni.. KPK nak listkan TOP3 UNUSUAL CAT BREED (baka luar biasa).. kira macam kucing pelik la kan.. hehe


ok lah tanpa membuang masa saya akan memperkenalkan baka yg pertama (mcm mc plak).. hehe

DEVON REX

Devon rex ni bukan kacukan tau.. dah terbukti secara genetik.. ape yg specialnya kucing ni.. mata ngan telinga die x-tra large hehe.. tp.. still sama mcm kucing lain, aktif, manja, suka main.


SCOTTISH FOLD


scottish fold a.k.a coupari in canada ni mesti korang biasa nmpk kan? ni la kucing idaman admin KPK.. haha.. ape yg istimewanya kucing ni.. telinga die berlipat.. tp.. lipatan ni terbentuklebih kurang lepas 21 hari kucing ni lahir..yg lain.. same je mcm kucing biasa..^_^ 

yg terakhir..yg paling pelik but still cute bg KPK ialah.... 
jeng jeng jeng..... 

SPHYNX



Sphynx nmpk mcm hair-less cat kan? tp.. sbnrnye.. die ade bulu.. cuma bulu dia agak nipis.. dlm gmbar ni.. die ade bulu kat hidung je.. so.. sape yg ade allergi dgn haiwan yg berbulu.. boleh la bela Sphynx.. ^_^

sape2 yg ade nak share lg baka2 yang lain.. sngat dialu-alukan.. 

sekian dr KPK..^_^

Falsafah si comel~


Makanan kesukaan kucing ialah ikan.

Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut.

Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya.

Untuk dapat menikmati ikan, apa kucing akan lakukan??

Yaaa….kucing hanya perlu menggesel2kan dirinya kepada tuannya,dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya.

Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.

Begitu jugalah dengan dirimu…

untuk mendapat kehidupan yang baik, maka apakah yang perlu dilakukan?

Yaa….hendaklah dikau dekati Tuanmu….ALLAH yang maha agung.

Kenali,dekati dan ‘bermanjalah’ kepada-Nya.

Nescaya kelak…pasti dikau akan disayangi dan dirahmati olehNya.

Dikau pastinya akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2.

Jangan ingat dengan usaha dan susah payahmu itu mampu mendatangkan rezeki…tanpa izin Tuanmu.

Lihatlah bagaimana kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan…

Walaupun kucing dapat ikan tapi tuannya telah marah dan bengang padanya.

Maka jika begitu… apalah gunanya?????



Tuesday 6 March 2012

Tips untuk bagi kucing manja dgn kita~



1. biasakan panggil kucing anda.. supaya dia kenal suara anda dan tau nama nye..panggil walaupon suara anda tak sedap.. haha

2. Biasakan untuk mengusap2 kucing anda pelan-pelan sejak masih anak kucing/kecil.. jgn usap guna berus dawai plak~ hikhikhik~

3. Selalu bermain2 dgn nya~ sekurang2nya 15 minit~ tak pon sampai korang pengsan layan kucing korang tu~ huhu

4. Biasakan menggendong kucing korang sejak umurnya 1 bulan.. jgn lahir2 terus korang gendong.. arwah plak dia kang~ hukhukhuk

5. Mandikan kucing anda sendiri jangan suruh orang lain.. 2 minggu sekali~ supaya kucing mudah jinak~ klu bosan suh kucing anda mandikan anda plak,, gilir2 la.. 

6. Kucing jangan dikurung dalam kandang, sbb itu akan membuat kucing jadi liar.. klu tak caya try la suh mak n ayah korg kurung korang..ape rase~ hhihihi

7. Tunjukkan kasih sayang anda pada kucing dan jangan pernah memukulnya tanpa alasan yang jelas, sbb kucing akan menjadi takut pada anda. klu nampak ade org pikul kucing anda.. anda pukul balik org tu guna tongkat atok blakang umah korang tu~

renung2kan dan selamat beramal~!!!

copyright 2010 ~KPK~

betul ke kalau kita tangkap gambar kucing.. kucing kita akan mati??


Jawapannya mestilah TIDAK!


artikel ini sy tulis sebab kan ramai sangat yang percaya tentang ni~ haish.. antara hujjah2 saya ialah..

1) kepercayaan orang2 lama kuat sehingga sekarang masih terikut2.

2) kalau di fikirkan secara logik macam mane pulak kamera boleh membunuh kucing anda?

3) kalau kucing tu di X-RAY mungkin akan buat kucing kita mati.. tapi adakah flash kamera sama dgn X-RAY??

4) terkejut sebab flash kamera?? tidak sama sekali.. Pada mata kucing ada lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum,
yang menyebabkan mata kucing besinar di malam hari. Lapisan pemantul ini dapat menyerap cahaya 6 kali lebih kuat daripada mata manusia!

5) ajal di tangan Tuhan.

KUCING ANDA MUNGKIN MATI SELEPAS KENA TANGKAP GAMBAR KERANA..

1) kebetulan..

2) sebab kucing anda terlalu tua.. bila tangkap gambar kena "heart attack".. hehe

3) kamera anda mengeluarkan peluru yg membunuh kucing anda..

4) kucing anda kucing kampung yg tersangat2 kampung.. jd bila kene tangkap gambar.. dia pon terperanjat pastu lari ketengah jalan lalu dilanggar kereta / moto/ lori/ bas.. dan ect~

5) kucing dan kamera anda bergaduh pastu tyme malam2 kamera tersebut telah membunuh kucing anda.. hahahaha!!

wahai rakan2 ku sekalian.. jika benar lah dakwaan "kalau kita tangkap gambar kucing.. kucing kita akan mati"
sy yakin dan pasti KUCING adalah salah 1 haiwan yg makin pupus.. sekian.. fikir2kan dan selamat beramal~ hehe

cukup kukuh ke hujjah2 ni?

-copyright KPK 2011-

Monday 5 March 2012

Penyakit Cakaran Kucing


selalunya kita dengar pasal cakar harimau je.. kali ni KPK nak cerita tentang cakaran kucing..



Apa yang dimaksudkan dengan penyakit cakaran kucing, dan bagaimana ianya berjangkit?
  
Penyakit Cakar Kucing ialah satu jangkitan disebabkan oleh sejenis bakteria (kuman) yang terdapat didalam air liur kucing. Bakteria ini dipanggil Bartonella Henselae dan boleh disebarkan dari seekor kucing kepada  seorang manusia yang sihat. Doktor dan para penyelidik  percaya bahawa kucing  mungkin mendapat bakteria itu dari kutu.

Seseorang itu boleh mendapat penyakit akibat cakaran kucing apabila dia digigit atau dicakar oleh seekor kucing. Penyakit ini terjadi sekiranya kucing yang menggigit atau mencakar itu mempunyai  kuman pada kukunya. (Kucing  boleh mendapat bakteria apabila ia menjilat kukunya  sendiri.)

Penyakit Cakaran Kucing bukanlah  satu penyakit yang teruk kepada orang yang sihat tubuh badannya. Tetapi ia boleh jadi satu masalah kepada mereka yang mempunyai sistem-sistem ketahanan badan yang lemah. Ini termasuk pesakit yang menerima rawatan Kemoterapi untuk kanser, mereka yang mempunyai kencing manis serta mereka yang mempunyai penyakit AIDS. Penyakit cakaran kucing ini juga di panggil demam cakaran kucing.Dengan hanya satu gigitan atau cakaran daripada kucing, kucing boleh memindahkan  bakteria kepada anda melalui air liurnya. Anda juga boleh dijangkiti bakteria pada mata sekiranya anda mencium seekor kucing yang mempunyai bakteria pada bulunya dan kemudian menggosok mata anda. Ramai orang yang mendapat jangkitan ini tidak pasti samaada mereka pernah digigit atau dicakar oleh seekor kucing.

Apakah Gejala-Gejala Penyakit Cakaran Kucing?
Satu gelembung atau lecur akan kelihatan  pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran. Gelembung dan lecur ini  akan mengambil masa selama 3 hingga 10 hari untuk kelihatan selepas digigit atau dicakar oleh seekor kucing dan ianya memerlukan masa yang panjang untuk sembuh.

Satu jangkitan pada Kelenjar Limfa juga bolah terjadi, kelenjar-kelenjar  paling hampir dengan kesan gigitan dan cakaran juga akan terjejas. Misalnya, jika jangkitan ialah dari cakaran kucing pada lengan anda, kelenjar-kelenjar dalam lengan anda mungkin menjadi kembang dan membengkak serta anda boleh mendapat demam.

Camne Penyakit ini Didiagnosis?
jika anda mendapati diri  anda telah digigit atau dicakar oleh seekor kucing, doktor mungkin akan dapat mengenalpasti penyakit berkenaan  berdasarkan fakta itu.  Kemudiannya anda akan jatuh sakit seperti kelenjar-kelenjar di kawasan gigitan atau cakaran mulai sakit, kelenjar limfa juga akan turut bengkak. apabila diagnosis tidak jelas, satu ujian darah mungkin membantu doktor anda membuat diagnosis.

Camne Penyakit ni Dirawat?
Kebanyakan pesakit yang terkena penyakit ini sembuh tanpa rawatan. Selalunya, pesakit hanya perlu mengambil ‘pain killer’ seperti Aspirin dan sebagainya untuk membantu melegakan kesakitan dan ketidakselesaan.

Bagaimanapun, antibiotik mungkin diperlukan sekiranya kelenjar limfa menjadi sakit dan membengkak untuk jangka masa lebih dari 2 hingga 3 bulan . Pengambilan Antibiotik mungkin dapat membantu sekiranya pesakit mendapat demam dan terkena jangkitan pada tulang, hati dan organ-organ yang lain.

Bolehkah penyakit cakar kucing jadi dicegah?
Elakkan diri dari berhubung  dengan kucing adalah  cara paling mudah untuk mencegah penyakit berkenaan. Walaubagaimanapun anda tidak perlu untuk terus menghapuskan kucing-kucing anda. Sebaliknya anda perlu  cuba mengelakkan sebarang keadaan di mana anda mungkin digigit atau dicakar oleh kucing. Seterusnya  Jangan  membangkitkan kemarahan seekor kucing. Kebanyakan kes digigit dan dicakar kucing adalah disebabkan berlaku provokasi terlebih dahulu terhadap kucing. Anda juga perlu membasuh tangan  dengan bersih dan betul  selepas mengendalikan kucing  dan ia merupakan satu cara yang paling baik untuk menghalang sebarang jangkitan berkaitan kucing.


kenapa Rasulullah SAW suka kucing??


Inilah sebabnya, Rasulullah sukakan kucing

Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. 

Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. 

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus. 

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.


Komen para doktor yang bergelut dalam bidang kuman


Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing
itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya.  
Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing

Apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
  
Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.


Sunday 4 March 2012

first post

wah..!! KPK dah ade blog la..
selamat datang ke laman blog
 Kami Pencinta Kucing.. ^_^