Blogger Templates

button like

Saturday 17 March 2012

Penjagaan kucing tua



gambar hiasan
ni bukan meow KPK.. ^^

Apabila kucing meningkat usianya, beberapa bahagian dalam tubuh akan mula merosot dan mungkin akan menyukarkan kucing kita untuk mengekalkan aktiviti hariannya. 
Jika kita mempunyai kucing yang sudah tua, kita hendaklah menjadikan aktiviti harian sahabat lama kita semudah yang mungkin.
Adalah menjadi kebiasaan jika penglihatan dan pendengaran kucing merosot seiring dengan usianya, walaupun amat jarang sekali kucing menjadi buta sepenuhnya disebabkan oleh usia. Jika penglihatannya merosot, kebanyakan binatang masih boleh melihat dengan baik pada waktu siang berbanding malam.
Kucing tua akan lebih selesa jika mangkuk makanan dan kotak najisnya diletakkan dalam ruang kawasan yang sama di mana mudah untuk dicari. 
Tapi ini tidaklah bermakna kita perlu meletakkannya sebelah menyebelah pula.
Dalam kebanyakan situasi, adalah lebih baik jika kita memelihara kucing sebagai indoor, dan ia adalah satu keutamaan jika kucing kita sudah tua, apatah lagi jika pendengarannya sudah merosot atau pekak.
Berbeza dengan penglihatan, kucing boleh menjadi pekak sepenuhnya disebabkan oleh penuaan. 
Kita tidak boleh membiarkannya berada di luar rumah bersendirian atau tanpa pemantauan kerana kucing tidak lagi mendengar bunyi yang menjadikannya waspada, seperti bunyi kereta yang menghampirinya.

Keperluan Air Minuman
Disebabkan penyakit buah pinggang sering terjadi pada kucing tua, mengekalkan sumber air yang baik adalah sangat mustahak untuk menjaga keselesaannya.
Anda boleh mempelajari bagaimana untuk memberikan suntikan bendalir (air) di bawah kulitnya di klinik-klinik haiwan. Ini dapat mengekalkan dan membantu meningkatkan tahap hidrasi kucing anda. Suntikan ini hanya diberikan di bawah kulitnya sahaja dan bukannya menerusi salur darah, jadi ianya tidaklah begitu sukar.
Lagipun adalah sangat susah untuk memaksa kucing untuk minum walaupun semasa ia masih berupaya, apatah lagi jika kucing kita sedang lemah dan kehilangan air dengan banyak. Mempelajari bagaimana memberikan suntikan ini akan memanfaatkan anda di masa akan datang.
Beritahu sahaja kepada doktor anda mahu belajar buat subcutaneous fluid injections, atau bahasa mudahnya suntik air. Klinik yang baik akan berbincang prosedurnya dengan anda. Pemilik kucing yang baik juga sudah tentu tidak kisah jika dikenakan sedikit bayaran jika diminta, asalkan berpatutan.

Makanan Kucing Berumur
Kucing tua tidak lagi membina otot dan kurang aktif berbanding waktu mudanya, maka mereka memerlukan makanan yang kurang protein dan kurang kalori. Lagipun dengan peningkatan usia akan mengurangkan kemampuan sistem penghadamannya.
Kebanyakan syarikat makanan akan meletakkan diet itu dengan label Senior atau Geriatric dan keduanya dirumus untuk memenuhi keperluan kucing tuda. Tapi perlu diingat, tidak bermakna anda perlu automatik tukar makanannya hanya disebabkan ia meningkat tua, apatah lagi jika kucing yang tua tetapi masih aktif dan sihat.
Cara yang terbaik adalah berbincanglah dahulu dengan doktor anda sebelum menukarkan diet.
Penyakit gigi dan gusi sering berlaku pada kucing tua dan mempengaruhi berapa banyak ia akan makan. Kesihatan gigi boleh diperiksa pada setiap kali lawatan klinik dan dietnya juga boleh diubah bergantung kepada keadaannya. Makanan yang lebih lembut yang hanya memerlukan sedikit kunyahan (atau tak perlu kunyah langsung) akan membantu kucing tua.
Jika kucing tiada selera makan, kita boleh berikan makanan yang padat dengan nutrisi, diberikan dalam kuantiti kecil. Adalah penting untuk kucing tua ini makan atau sekurang-kurangnya mengekalkan berat badannya.

Arthritis
Kesakitan ini tidak dapat dielak kerana setiap sendi pasti akan mengalami kehausan apabila umur semakin meningkat. Penyakit ini akan menyebabkan kesakitan dan mengekang pergerakan kucing. Jika kucing tidak dapat bergerak dengan baik, dia mungkin tidak dapat melakukan keperluan hariannya dengan normal seperti membuang najis atau membersihkan diri.
Kucing arthritis yang menghabiskan masanya di luar rumah akan berada dalam bahaya kerana tidak boleh melompat dan berlari seperti biasa, terutamanya ketika keadaan bahaya. Sendi yang sakit juga menyebabkan kucing susah untuk melompat turun, walaupun ia kelihatan tidak setinggi mana.
Lokasi dan rekabentuk kotak najis mungkin perlu ditukar untuk kucing arthritis. Kita perlu memastikan kucing boleh keluar dan masuk dengan mudah dari kotak najisnya. Pertimbangkan kotak najis yang tidak berbumbung dan berdinding rendah jika kucing anda susah menggunakan kotak yang sedia ada.
Begitu juga dengan lokasi mangkuk makanan dan airnya. Jika kucing tidak boleh menggerakkan kepala dan lehernya dengan baik, kita perlu menaikkan kedudukan mangkuk itu dengan mengalasnya dengan buku, kayu atau apa sahaja. Ini dapat menambahkan keselesaan kucing kita untuk makan dan minum.

Ruang rehat
Kucing tua akan kehilangan lemak pada badan dan otot sebagai penebat haba. Mereka tidak lagi mampu menahan kesejukan dan boleh menyebabkan kesakitan apabila bahagian tulang bergeser pada permukaan keras seperti lantai (tubuh saya sendiri pun dah mula rasa macam tu! hehe).
Pastikan kucing anda mempunyai alas yang lembut dan tebal seperti tuala untuk membantu keselesaannya. Kurangkan penggunaan penghawa dingin pada ruang tempat tidurnya.

Parasit dan serangga pengacau
Tahukah anda bahawa serangga suka mengambil kesempatan pada binatang lemah? Contoh mudah adalah lalat, atau nyamuk lebih gemar menyerang dan mengganggu binatang yang lemah. Kucing tua tidak dapat bergerak ke tempat lain atau menggaru dengan mudah jika terdapat gangguan seperti ini.
Serangga biasanya mahu mendapatkan makanan semudah yang mungkin dan jika binatang itu tidak menghalaunya, lebih mudah bagi mereka untuk terus menginap dan makan di situ.
Sentiasa periksa kucing berkenaan kehadiran kutu dan hapuskannya. Tapi pastikan produk itu sesuai untuk kucing yang sudah tua. Jika kucing itu dibiarkan keluar, periksa tempat dia tidur atau rehat dan pastikan semut tidak mengganggunya.
Pastikan juga lalat tidak mengganggunya, kerana lalat akan melepaskan telurnya pada binatang yang tidak bergerak dan telur itu akan menetaskan ulat dalam tempoh 12 jam sahaja. Sudah tentu kita tidak mahu membersihkan telinga, ketiak atau punggung kucing dari ulat-ulat itu kan?
Kesimpulan dari kiriman ini adalah, penjagaan kucing tua akan lebih mudah dan manfaat yang besar bagi anda dan kucing anda jika ianya dipelihara sebagai indoor. Kebanyakan dari kita memelihara kucing sebagai outdoor sahaja, tidak mengapalah tetapi apabila tiba umurnya, kucing itu perlu dipelihara sebagai indoor juga.
Ini juga adalah faktor yang perlu difikirkan jika anda bercita-cita mahu memelihara kucing.


P/s dr K.P.K : kasihanilah yg tua.mereka da lme berkhidmat ngn kita.berjasa ngn kita. :)
K.P.K ade soalan ni, spe yg ade kucing yg da berusia hampir 10 tahun or lbih dr 10 tahun or yg pling lme la usia kucing korg? just nk share, sbb kucing K.P.K pling lme usianya mencecah 8 tahun.memg LEGEND! hihi~ :D



~TIPS UTK MENGATASI MASALAH KUCING KENCING MERATA-RATA~ ^^,


Apa itu air kencing ?

Air kencing atau urine terdiri daripada urea, urochrome dan asid urik. Asid urik yang menyebabkan air kencing kucing sukar dicuci. Kenayakan pencuci akan menghilangkan bau urea & warna air kencing (urochrome) tetapi sebenarnya kesan asid urik itu masih ada. Asid uric adalah sejenis pekatan yang mengandungi kristal tak larut (unsoluble crystal) yang sukar dicuci dgn air dan sabun pencuci biasa.Oleh itu kucing anda masih boleh mencium bau asid urik ini dan berkemungkinan besar akan membuang air kecil di tempat yang sama pada masa akan datang.

Bagaimana nak mencuci air kencing kucing?

1) Larutan cuka - bancuh cuka dan air paip sama banyak (nisbah 50 : 50)dan masukkan ke dalam botol yang mempunyai muncung spray.Sembur laruta ke atas permukaan lantai. Jika kucing anda kencing di atas permaidani, larutkan dahulu air kecing itu dgn menyiram sedikit air ke atas air kencing tersebut , kemudian barulah dispray dgn larutan cuka tadi.


2) Pencuci enzim

Enzim dalam serbuk/larutan pencuci jenis ini akan "memakan" kristal asid urik tersebut.Walau bagaimanapun, anda perlu mencucinya berkali-kali dan memerlukan kesabaran untuk memastikan ia berkesan. Kebanyakan pencuci ini boleh didapat di pasaraya2.


Masalah kencing merata-rata. Kenapa kucing sy bertindak sedemikian?

1.Litter box sudah penuh/ terlalu kotor.Kucing adalah haiwan pembersih dan cerewet, jadi pastikan pasir kucing ditukar setiap hari.

2.Litter box telah dialihkan ke tempat baru. Kucing sangat cerewet tentang perubahan susun atur perabot dan barangan dlm rumah yang kadangkala boleh mengakibatkan stress.

3. Kucing baru dipindahkan ke rumah/tempat baru.

4. Ada kemasukan ahli keluarga baru ( kucing baru, ahli keluarga baru seperti bayi dan kanak2 kecil....kucing tau rasa cemburu!)

5.Marking behaviour - semasa musim mengawan, kucing jantan yang subur akan aktif mencari betina & menanda kawasan "jajahannya"(territory). Castration(pemandulan kucing jantan) akan dpt menyelesaikan masalah ini.)

6.Masalah kesihatan seperti jangkitan pundi kencing, batu karang, sakit buah pinggang atau radang pundi kencing.Sila bawa kepada vet anda jika perkara2 di atas tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

source from : http://catlina7.blogspot.com

Friday 16 March 2012

KUCING ANDA KATEGORI YANG MANE??


Kucing itu dikatakan KURUS apabila:

(Skor 1) Struktur tulang rusuk kelihatan pada kucing berbulu pendek, perut termasuk ke dalam,tulang belakang sangat senang dirasa dengan tangan.

(Skor 2) Struktur tulang rusuk masih kelihatan,tulang belakang senang dirasa tetapi masih ada ketulan otot minimum,perut ke dalam, lemak tidak boleh dipalpat (palpate)

(Skor 3) Tulang rusuk boleh dirasa tetapi ada selapisan lemak melapisi tulang rusuk,pinggang "ramping" ,terdapat sedikit lemak di bahagian perut yang boleh dirasa dengan tangan.

(Skor 4) Tulang rusuk boleh dirasa tetapi ada selapisan lemak melapisi tulang rusuk,pinggang "ramping" ,terdapat lebihan lemak di bahagian perut yang boleh dirasa dengan tangan.

Berat kucing itu IDEAL jika:

(Skor 5) Keadaan badan seimbang, sedikit ramping, tetapi perut tidak ke dalam,ada sedikit lapisan lemak pada bahagian abdomen.


Kucing itu GEMUK jika:

(Skor 6) Tulang rusuk masih boleh dirasa dengan lebihan lemak melindungi bahagian rusuk, tiada "pinggang ramping" .

(Skor 7) Tulang rusuk tidak dapat dirasa kerana dilitupi dengan lapisan lemak yang tebal,tiada "pinggang ramping"bahagian abdomen agak bulat dan berisi.

(Skor 8) Tulang rusuk tidak dapat dirasa kerana dilitupi lapisan lemak yang lebih tebal,pinggang tidak kelihatan,bahagian abdomen bulat,berisi dengan kewujudan kantung lemak di bawah perut, Bahagian tulang belakang dilitupi lemak yang tebal(tulang tak dapat dirasa).

(Skor 9) Tulang rusuk tidak dapat dirasa kerana dilitupi lapisan lemak yang sangat tebal,pinggang tidak kelihatan,bahagian abdomen lebih bulat,berisi dengan kewujudan kantung lemak di bawah perut,juga kaki dan bahagian muka nampak gemuk, bahagian tulang belakang dilitupi lemak yang tebal(tulang tak dapat dirasa)

SKOR 1 - KURUS GILER

SKOR 3 - KURUS

SKOR 5 - IDEAL

SKOR 7 - GEMUK

SKOR 9 - GEMUK GILER!


p/s: tp bg KPK, KUCING GEMOK TETAP COMEL!!! :) :) :)

MENARIK! Apakah Kucing Bermimpi ?


Cuba anda perhatikan kucing anda di saat sedang tidur. Mesti kadang-kadang matanya berkelip-kelip dan tangannya bergerak-gerak, seolah-olah haiwan tersebut sedang berlari mengejar sesuatu. Dan ada juga kucing yang sedang tidur, tiba-tiba menjerit keras seolah-olah sedang marah. Mungkin sedang mimpi buruk dikejar-kejar anjing.

Dr. Matthew Wilson dan Kenway Louie dari Massachusetts Institute of Technologymelakukan penelitian menggunakan empat tikus. Mereka menanam elektrod mikro ke hipokampus, bahagian otak yang berhubungan dengan proses memori, keempat tikus itu. Lalu mereka mengamati pola-pola gelombang otak yang dihasilkan oleh neuron atau jaringan syaraf yang dipasangi elektroda.


Pola gelombang otak tikus yang sedang bermimpi berlarian ke sana ke mari ternyata sama dengan pola otak tikus yang benar-benar sedang belari. Bahkan, hanya dengan mengamati pola-pola itu, para ilmuwan bisa mengetahui apakah si tikus sedang bermimpi berlari-lari atau sedang duduk-duduk.

Lalu mengapa binatang bermimpi ? mungkin untuk mengenang dan mempelajari pengalaman-pengalaman hidupnya. Jadi, marilah kita jadikan hidup kucing kesayangan Kita penuh kebahagiaan dan kasih sayang, bebas dari rasa lapar, kehausan dan rasa takut. Sehingga mereka selalu bermimpi indah pada saat tidur. :)

Source from : http://kucingkita.blogspot.com



p/s : Kucing KPK salu gak mmpi. tp xtaula mmpi pe kn.agak² kucing pun ade mmpi basah ke?hihihi. :D
sekadar perkongsian untuk sume. "From us with Love" :)

L.I.O.N


Bosan betul pagi ini menunggu jiranku Johan pulang dari berjogging, bukannya apa aku sebenarnya mahu tidur di katilnya yang bersepah tetapi sangat selesa untuk makhluk seperti aku. Peluang tersebut muncul jika pintu rumah itu dibuka oleh Johan yang selalu lalai dengan kehadiran aku. Lagipun Johan jarang pulang untuk aku merasai nikmat tidur di atas katil yang bersepah seperti sarang ular sawa. Setiap kali pulang Johan pasti memeluk aku walaupun muka aku sangat hodoh, itu yang yang membuatkan aku selalu ke rumahnya, nasib baik Johan itu seorang jantan jika tidak sudah tentu aku menguratnya.

“Lion, lion!!! aaahhh!!! ibuku memanggil pula, aku berlari menyeberangi jalan pulang ke rumah aku, mesti ibuku sudah menyediakan makanan sedap yang dibeli untukku. Telahanku betul, aku makan dengan gelojohnya makan makanan tersebut sambil ibu mengusap-ngusap kepala aku. Dialah ibu aku semenjak ibu kandungku dimakan oleh makhluk bernama anjing sebelah rumah.

Dulu namaku kuning kerana badanku yang kuning, namun ia telah ditukar kepada lion kerana keberanian aku melawan anjing yang membunuh ibu kandungku. Tetapi ternyata makhluk tersebut sangat kuat berbanding aku yang masih kecil lantas aku tewas dan cedera parah. Ibu tidak putus-putus menangis melihatkan keadaan aku, aku dihantar berjumpa dengan doktor dan bomoh untuk menerima rawatan namun aku masih belum pulih.

Selama sebulan ibu sentiasa bersama aku sebelum pergi dan pulang menjual goreng pisang untuk mencari rezeki, ketika itu aku merasakan sangat sukar untuk menjamah makanan kerana tulang rahangku sudah rosak dan aku cuba boleh meminum susu. Sekarang aku sudah pulih, sihat dan kuat cuma mukaku sedikit hilang dan mata kananku telah tiada tetapi semua makhluk kucing di kawasan ini tunduk kepadaku!

Source from: http://catlina7.blogspot.com
*KPK simpati sgt² dgn kucing ni.:'(

Kisah ‘touching’ Kucing Buta




Jack adalah seekor kucing yang dilahirkan tanpa mata dan tidak boleh melihat. Walaubagaimanapun, kucing ini gigih untuk terus hidup. Baru-baru ini dia diperkenalkan dengan seekor anak kucing terbiar, CJ namanya. Lantas Jack menjadikan anak kucing tersebut sebagai anaknya. Jack ni kucing jantan tapi dah jadi macam mak pulak.

Inilah anak kucing tu. CJ namanya. Comelkan..?

Jack melayan anak kucing tu macam anaknya sendiri

CJ belajar memanjat sambil ditemani Jack

Jack bukan sahaja menjaga anak kucing tersebut malah membawa anak kucing tersebut menggunakan mulut, membersihkan badan anak kucing tu dan juga bermain dengannya.
Sangat ‘touching’ kan... kadang-kadang manusia pun belum tentu sanggup nak jaga anak orang lain. Renung-renungkan. 


*FROM US WITH LOVE*

Thursday 15 March 2012

Personaliti Kucing



Mata yang cerah bersinar, bulu yang lembut berkilat dan sikap waspada adalah antara tanda menunjukkan kucing anda sihat. Kucing yang sihat juga mempunyai selera makan yang baik, sentiasa membersihkan diri dan interaksi baik dengan pemiliknya.

Salah satu faktor dalam aspek kesihatan, yang sering dilupakan adalah personaliti. Kita boleh menjangka sesuatu terhadap personaliti kucing walaupun ketika dia masih kecil. Jika anda baru membuat keputusan untuk memelihara kucing, anda boleh menguji bagaimana personaliti kucing itu.

1) Pegang kucing dan letakkan dalam dakapan anda dan lihat samada kucing itu berada dalam keadaan tenang atau tertekan.

2) Dukungnya seperti bayi pula, dengan bahagian perut menghala ke atas, dan lihat sekali lagi bagaimana reaksinya.

3) Jika anda mencari kucing yang manja, dan kucing yang anda uji ini tidak membenarkan anda memegangnya lebih dari satu saat, mungkin anda patut mengubah pilihan kucing lain atau merancang untuk melatihnya dan mendapat kepercayaan dari kucing tersebut. Atau mungkin melatihnya agar lebih dia menjadi lebih tenang.

Pada umur 2 hingga 7 minggu adalah waktu kritikal yang menentukan sejauhmana tahap sosial kucing tersebut. Kucing yang dikendalikan oleh ramai orang dan berinteraksi dengan kucing lain atau binatang lain lebih cenderung untuk menyesuaikan diri dengan lebih baik ketika dewasa. Tanyakan pemiliknya dahulu pengalaman kucing itu semasa muda sebelum anda mengambil kucing itu untuk dipelihara.

4) Ujian seterusnya adalah dengan memegang telinganya, buka mulutnya dengan lembut dan sentuh kakinya. Sekali lagi,lihat samada kucing itu bersedia membenarkan anda memegangnya. Jika ya, secara umumnya kucing itu mempercayai anda.

5) Jika anda meletaknya ke bawah dan beredar darinya, adakah kucing itu menunjukkan rasa minat terhadap anda? Adakah dia mengekori anda? Walaupun tiada bukti saintifik, saya seakan percaya juga bahawa ada sedikit ikatan misteri antara sesetengah kucing dengan sesetengah orang.

6) Adakah kucing itu waspada, bertindakbalas dan suka bermain? Anda boleh mengujinya dengan melemparkan mainan yang mudah, seperti gumpalan kertas seakan bola.

Kesemua ujian mudah ini akan memberikan anda sedikit gambaran tentang bagaimana personaliti seseekor kucing. Walaupun dengan anak kucing yang sihat, kos jagaan kesihatannya adalah tinggi sedikit berbanding kucing dewasa kerana mereka lebih terdedah kepada penyakit. Mereka juga memerlukan rutin kesihatan yang lebih banyak pada umur muda, termasuklah vaksinasi, ujian viral dan neuter atau spay.

 Source from :http://alamkucing.blogspot.com

SELAMAT MENCUBA! from us with love~