Blogger Templates

button like

Saturday 24 March 2012

Dilema membela Kucing~


Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.
Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui - toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.
Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.
Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.
Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.
Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.
Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.
Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.
Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.
Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.
Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.
Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.
Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.
Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:
* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.

Oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.
Sumber:Utusan Malaysia~

RAHSIA WARNA KUCING!! RAHSIA WARNA KUCING!!


Satu fakta menarik mengenai kucing!

Tahu tak,sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna,99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina! Walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!Jadi, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!

Nak tau kenapa..dan buktinya? Ini penjelasan dari sudut sains. Wallahualam.

Kucing, (atau pun manusia), atau apa-apa jua hidupan di dunia ini,adalah terbina dari susunan-susunan juzuk DNA dalam diri masing-masing.DNA adalah dianalogikan seperti blueprint,yang mengandungi arahan, maklumat, kod-kod, rahsia-rahsia dan sebagainyayang menentukan sesuatu organisma individu tersebut.Rahsia DNA manusia masih belum dibongkar sepenuhnya lagi,ini kerana terdapat berbillion-billion kod-kod tertentu yang menentukan setiap aspek ciri dalam diri kita. Malah, terdapat teori, yang jangkahayat manusia turut terenkripsi dalam DNA!

DNA yang telah disusun, dipanggil kromosom.Kromosom adalah set DNA terdapat di dalam sesebuah sel organisma.Bilangan kromosom adalah berbeza-beza mengikut organisma.Contoh, manusia mempunyai 46 kromosom dalam bentuk berpasangan (23 pasangan).Satu kromosom berpasangan tersebut berasal dari ayah, manakala satu lagi berasal dari ibu.Setiap kromosom mempunyai antara 1000-5000 gen.Gen adalah jujukan beberapa DNA yang menentukan satu ciri dalam badan kita.Satu gen boleh dibentuk sehingga menjangkaui 50,000 molekul DNA.Dalam setiap organisma berjantina, terdapat 2 kromosom khas iaitu Kromosom X dan Y.Pasangan antara X dan Y menentukan jantina.Sekiranya seseorang mempunyai kromosom XX, maka ia adalah perempuan.Dan jika mempunyai kromosom XY, maka ianya adalah lelaki.

“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antaraapa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apayang tidak mereka ketahui”. (Surah Yaasin: 36)

Okay.itu untuk manusia.Kalau kucing pula..

Salah satu ciri yang dikawal oleh DNA kucing adalah warna bulu kucing.Ciri ini ditentukan oleh kromosom X.Secara umumnya, terdapat 3 jenis warna kucingyang dikawal oleh allel dalam kromosom X,iaitu warna cerah/oren (XO), warna gelap/perang (Xo).Allel adalah ciri-ciri pada sepasang gen dalam kromosom.Analoginya sebegini.Warna asal kucing adalah putih (tiada warna).XO adalah “cat” berwarna cerah(oren).Xo pula adalah “cat” berwarna gelap(hitam/perang).Maka campuran ketiga-tiga inilah yang menjadikan kucing mempunyai 3 warna.Maka bagi kucing yang mempunyai 3 warnaatau juga dikenali sebagai “calico” @ “tortoiseshell cats”,kucing ini mempunyai kedua-dua jenis allel iaituXO, Xo yang di-ekspressikan secara serentak.

Untuk kucing mempunyai kedua-dua allel tersebut,kucing tersebut mestilah mempunyai dua kromosom X.Dan hanya kucing betina yang ada 2 kromosom X, iaitu XX.Tapi macam mana pula dengan kucing jantan 3 Warna?Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu?Datang dari mana?

Okay.Macam ni..

Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetikyang dipanggil Kleinfelter’s Syndrome.Klinefelter Syndrome berlaku apabilakromosom yang menentukan jantina seseorang (atau seseekor),yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga iaitu lebih satu kromosom X.Seperti yang diketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY.Perempuan/betina pula, adalah XX.

Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY.Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan(kerana kehadiran kromosom Y),tetapi adalah mandul (infertile).

Jadi, kucing jantan yang mempunyai 3 warna(kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna),pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan sebab itu juga, mandul.tapi macam mana pula jika anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi “gagah perkasa kejantanannya” dan keaktifan yang tidak terkawal?ehehehe...

Maka inilah kejadian tuhan yang sangat-sangat istimewa, iaitu dipanggil Chimera.Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi,iaitu 2 zigot disenyawakan serentakmalah bergabung menjadi satu embrioketika proses pembentukan di dalam uterus si ibu.Fenomena 2 zigot disenyawakan serentak adalah relatifnya biasa.Contoh paling mudah, kembar tidak seiras.Kembar tidak seiras adalah terbentuk sekiranya dua ovum disenyawakan oleh 2 sperma, juga membentuk 2 zigot. Dua zygote ini mungkin mempunyai jantina yang sama ataupun berbeza, ciri-ciri yang sama ataupun berbeza.

Jadi, apa itu chimera?Bayangkan, 2 zigot kembar tidak seiras ini,mempunyai jantina yang sama,bergabung ketika proses tumbesaran dalam uterusmenjadi satu.Chimera tersangatlah jarang terjadihanya 40 kes yang pernah dilaporkan dan direkodkansepanjang jangka hayat kehidupan umat manusia.

Begitulah juga dengan kucing chimera.Asalnya dari 2 zigot yang sama jantina tetapi berlainan warnakemudiannya bergabung dan dilahirkan menjadi seekor kucing -jantan sejati tetapi 3 warna. SubhanAllah!

"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua.Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnyasemuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang(mahu) berfikir." [13:3]

Friday 23 March 2012

MENARIK ... Apakah kucing bermimpi??



Cuba anda perhatikan kucing anda di saat sedang tidur. Mesti kadang-kadang matanya berkelip-kelip dan tangannya bergerak-gerak, seolah-olah haiwan tersebut sedang berlari mengejar sesuatu. Dan ada juga kucing yang sedang tidur, tiba-tiba menjerit keras seolah-olah sedang marah. Mungkin sedang mimpi ngeri dikejar anjing.

Dr. Matthew Wilson dan Kenway Louie dari Massachusetts Institute of Technologymelakukan penelitian menggunakan empat tikus. Mereka menanam elektrod mikro ke hipokampus, bahagian otak yang berhubungan dengan proses memori, keempat tikus itu. Lalu mereka mengamati pola-pola gelombang otak yang dihasilkan oleh neuron atau jaringan saraf yang telah dipasangi elektrod.


Pola gelombang otak tikus yang sedang bermimpi berlarian ke sana ke mari ternyata sama dengan pola otak tikus yang benar-benar sedang belari. Bahkan, hanya dengan mengamati pola-pola itu, para ilmuwan dapat tahu adakah si tikus sedang bermimpi berlari-lari atau sedang duduk.

jadi kenapa binatang bermimpi ? mungkin untuk mengenang dan mempelajari pengalaman-pengalaman hidupnya. Jadi, marilah kita jadikan hidup kucing kesayangan Kita penuh kebahagiaan dan kasih sayang, bebas dari rasa lapar, kehausan dan rasa takut. Sehingga mereka selalu bermimpi indah ketika mereka tidur. :)

Thursday 22 March 2012

KENAPA KUCING.................


1. Menggeselkan badannya ke kaki kita
  • ini sebenarnya bukan perlakuan manja yg sering disalahtafsirkan oleh manusia...sebenarnya kucing menggeselkan badannya kerana hendak "menanda" kawasan atau objek yang berada di dalam teritorinya...jadi secara logiknya..kucing anda sebenarnya mengganggap anda adalah objek kepunyaannya! Jika anda perhatikan,ia juga menggeselkan badannya ke kaki meja dan sofa..dan setelah selesai "menanda" kaki anda atau objek lain, ia akan menjilat (grooming) tubuh badannya untuk menghilangkan bau anda atau bau objek tersebut dari badannya!(restore its own scent).
2. Cuba mencium/menggeselkan mukanya ke muka anda
  • ini juga bukan perlakuan manja. ia bermakna kucing anda sedang menyatakan hello kepada anda atau cuba berkomunikasi dengan anda.selalunya ia akan berbuat demikian apabila anda sedang mendukungnya atau ketika anda baring di mana muka anda berada sama paras dengan muka kucing tersebut.
3. melilitkan ekornya ke badan terutama apabila mahu tidur
  • cuba anda usik kucing yang sedang mahu tidur atau dalam posisi rehat yang melilitkan ekornya ke badan. Anda pasti akan dibalas dengan renungan tajam dan ekornya akan melibas - libas ke kiri dan ke kanan.Ini bermakna, kucing anda tidak mahu diganggu dan ia mahu bersendirian!Perlakuan ini dinamakan defensive behaviour.
4. Merenung tajam , telinga menghala / leper ke belakang 
  • mudah sahaja, ia sedang marah! jadi, jgn balas renungan ini kerana ia bermakna anda sedang mencabarnya!

5. Mengembangkan bulu apabila bergaduh ataupun takut
  • percubaan untuk menampakkan dirinya lebih besar dari lawannya / ingin menakutkan lawannya
6. Mengais - ngais makanan atau mainan yang tidak digemari
  • ini menunjukkan ia tidak menyukai sesuatu barang atau makanan dan cuba menyembunyikannya. Dalam keadaan semulajadi, kucing akan mengais - ngais tanah untuk menyembunyikan barang yang tidak digemarinya. Jadi, secara nalurinya, ia akan berbuat perkara yang sama walaupun tiada tanah di kawasan tersebut.
7. Tidak mahu masuk ke dalam litter boxnya bagi kucing indoor, mungkin akan membuang najis di luar dari litter box
  • ini ialah tanda bahawa ada sesuatu tidak kena dengan litter boxnya, mungkin pasirnya terlalu basah atau anda terlupa untuk menukar pasir baru yang lebih kering dan bersih. Cats are fussy and very clean animals actually....tetapi sekiraya tiada masalah dengan pasir tandas dan ia masih kencing dan berak di luar kotaknya, kemungkinan besar ia mengalami masalah urinari atau sakit perut yang menyebabkan ia tidak sempat hendak membuang air kecil atau najis ke dalam litter boxnya.
8. Mengiau
  • tahukah anda bahawa kucing cuma akan mengiau kepada manusia?komunikasi antara kucing dengan kucing hanya melibatkan dengkuran, ciuman dan geselan badan. Mengiau menandakan ia memanggil anda atau cuba memberitahu anda sesuatu.....contoh: ia ingin makan , ia ingin keluar rumah, ia inginkan perhatian anda, ia inginkan cicak yang kelihatan di dinding rumah dll .
9.Menangkap tikus, cicak atau burung dan membawanya pulang ke rumah atau meletakkannya ke hadapan anda.
  • kadang - kadang anda akan begitu marah dengan kucing anda kerana membawa bangkai yang akan mengotorkan rumah dan juga kelihatan kejam.Kucing di habitat semulajadinya suka memburu, jadi perlakuan memburu adalah berasal dari nalurinya, walaupun ia tidak pernah belajar memburu jika ia dibesarkan secara indoor(dalam rumah).Kucing akan memburu dan membawa pulang habuan perburuan itu ke sarangnya ( dalam kes ini, rumah anda) untuk dikongsi bersama atau dijadikan hadiah kepada ahli keluarga yang lain. Sebenarnya perlakuan ini adalah satu penghargaan kepada anda kerana kucing anda menghargai anda sebagai ahli keluarganya!Antara cara untuk mengelakkan hal ini ialah memakaikan kolar berloceng supaya "haiwan buruan " akan menyedari kehadiran kucing anda dan ia sempat lari. Satu lagi cara ialah anda boleh menyorokkan makanan kegemarannya ( asalkan ia masih boleh mencium bau makanan tersebut) atau mainan kegemarannya untuk kucing anda mencarinya dan menggalakkan sifat berburu tadi.
10.Selalu menjilat bulunya
  • kucing akan menghabiskan sebahagian masanya untuk menjilat bulunya- ada 2 sebab iaitu 1. ia ingin membersihkan/merapikan badannya (grooming)2.kucing tidak mempunyai kelenjar peluh yang banyak seperti manusia, jadi dengan cara menjilat/ membasahkan bulunya dengan air lur, ia dapat menyejukkan badannya.
11.Menggaru perabot, karpet, sofa
  • kucing anda tidak akan faham sampai bila - bila , kenapa anda begitu marah jika ia berbuat demikian, kerana ini adalah naluri semula jadinya....kucing liar di habitat semulajadinya akan menggaru batang pokok untuk menanggalkan sel kuku mati dan menanda kawasannya.Oleh itu, anda dinasihatkan menyediakan tiang khas (scratching pole)untuk kucing anda menggaru ( boleh dibeli atau dibuat sendiri).Cat scratching pole ini hendaklah yang cukup kukuh supaya ia tidak mudah tumbang apabila kucing anda menggaru.

so sweet + cute.. ^_^ 





Wednesday 21 March 2012

TINGKAH LAKU YANG PELIK PADA KUCING~


baby hiro ( Anis Farhana )

Ada beberapa faktor mengenai tingkah laku kucing yang sedikit pelik dari kebiasannya, terutamanya yang terjadi dalam kes ini adalah tingkah lakuyang pelik dalam tingkah laku ketika makan. Sifat ini disebut sebagai kanibalisme. Ada beberapa tingkah laku makan pada kucingsama ada secara normal ataupun tidak normal.

Copropagia
Copropagia adalah tingkah laku dengan memakan kotorannya sendiri.Tapi hal ini adalah normal saat induk kucing dalam mengasuh anak-anaknya saat berumur kurang dari 30 hari, Maksud hal ini adalah sang ibu kucing menstimulasi daerah urogenital sekaligus membersihkan daerah perineum. Saat inilah sang ibu kucing memakan produk-produk buangan anaknya diantaranya feces dan urin. Disamping itu, copropagia bisa menjaga kebersihan dan mengurangi bau pada box/sangkar/ kandang. Tingkah laku ini menjadi tidak biasa apabila sang ibu kucing terus melakukan copropagia setelah anak putus susu.

Kanibalisme/ infantisid
Kanibalisme atau infantisid seringnya menjadi tingkah laku yang normal pada kucing jantan dan betina. sang ibu kucing menjadi kanibal ketika anak gugur, anak yang lahir mati, ataupun anak sangat lemah. Hal ini terjadi untuk mengurangi penyebaran penyakit kepada anak-anak kucing , yang masih sihat, menjaga kandang/box tetap bersih, dan menjaga secara optimal anak-anak kucing yang masih sihat. Dalam kata lain, sang ibu kucing mendapat keuntungan secara nutrisi dari memakan anak yang mati. Kadang-kadang sang ibu kucing akan membunuh anak-anaknya yang masih sihat. Faktor lingkungan yang menyebabkan anak-anak memperlihatkan gejala awal sakitnya ( seperti lemas, tidak aktif, hipertermia atau hipotermia) cenderung terjadinya kanibalisme atau infantisid. Sang ibu kucing yang stress, pemberian makan yang salah,dan kekurangan hormonal turut merupakan faktor dalam hal kanibalisme, sedangkan pengalaman sang ibu kucing tidaklah menjamin untuk tidak terjadinya kanibalisme.

Kucing jantan dalam hal kanibalisme tidak akan pandang bulu untuk membunuh anak kucing dan tidak ada kaitan dengan hal apapun. Hal ini terjadi ketika seekor kucing jantan yang kuat dan punya kuasa memasuki daerah baru dan menemui sang ibu kucing yang sedang menyusui anak-anak kucingnya. Sehingga kejadian ini menjadi hal tidak biasa kerana adanya kehadiran kucing jantan.

Status kesihatan, pengurusan tempat, dan kaedah pemeliharaan perlu ditinjau ulang terhadap induk-induk, terutama pada cattery atau breeder yang sering mengalami kejadian kanibalisme. Kucing jantan sebaiknya jangan dibiarkan memasuki  ke dalam tempat anak² kucing, untuk mengurangi terjadinya infatisid.

Memakan tanaman dan rumput
Memakan tanaman dan rumput adalah tingkah laku yang normal pada kucing. Banyak penjelasan yang dikedepankan untuk tingkah kucing yang makan rumput. Rumput tidak dapat dicerna dalam saluran pencernaan kucing, ini mengakibatkan iritasi lokal dan kadang untuk menstimulasi muntah. Jadi memakan rumput dapat menjadi purgative (ubat pencerna) untuk mengeluarkani bulu² atau bahan-bahan yang tidak tercerna dari dalam badannya.

Respon terhadap catnip
Aroma dari catnip (Nepeto cataria) dapat membuat kelakuan kucing menjadi sedikit liar 5- 15 menit setelah terpaparnya aroma itu. Kucing menjadi keras kepala selama 1 jam atau lebih setelah respon inisiasi dimulai. Ini karena adanya bahan aktif cis-transnepetalactone, yang dapat memberikan aksi seperti zat halusinasi meskipun stimulus saraf pusat berkaitan dengan estrus/ birahi. Respon yang diberikan kucing terhadap catnip dengan cara menggosok-gosokkan kepala dan bergeleng-geleng, berair-liur, menatap, kulit bergetar, berguling-guling, berlompat-lompat. Hanya 50-70% kucing yang menunjukkan tingkah laku ini.

Mengunyah bulu
Termasuk tingkah laku yang abnormal pada kucing.Tingkah laku ini mulai kelihatan ketika pada awal usia remaja kucing, yaitu ketika kucing mulai menjilat, mengisap, mengunyah atau memakan bulu atau bahan-bahan kain. Kucing yang seperti ini, akan mencari bau lanolin atau peluh manusia, atau merupakan kesan dari lanjutan menyusu. Genetik ini kuat pada kucing Siam.


P/s : Sekadar perkongsian.Maaf jika info yg diberikan xjelas.sila betulkan klu ade info yg salah taw."From us With Love"
by : K.P.K~~ :)

Tuesday 20 March 2012

Gurindam Si Anak Kucing



Di dalam dunia yang indah ini,
Hak kami dinafikan....
Di dalam manusia ghairah mengejar kemewahan,
Kami dipinggirkan....
Di dalam hati kamu....
Tiada sedikit ruang pun untuk kami....

Di sebalik timbunan sampah ini.....
Kami diberikan tempat untuk berlindung...
Bagi manusia, inilah tempat yang sesuai bagi kami....
Kami adalah najis...kami adalah menyusahkan....

Kami tak minta dilahirkan.....
Lahirnya kami atas fitrah yang diberikan Tuhan....
Kami tak marah kalau dibuang....
Kami tak marah kalau disepak terajang.....
Kami juga takkan marah kalau diseksa....
Sebab kami bukan khalifah....
Kami bukan pemimpin....
Kamulah yang memimpin kami...
Kami bukan hamba kamu....
Kami adalah hambaNya.....
Serupa dengan kamu....
Kamu juga adalah hambaNya....

Lihatlah betapa mundurnya kamu.....
Nasib kami begini daif kerana kepimpinan kamu....
Nasib kami papa kedana kerana ketamakan kamu...
Apakah hak kamu untuk memisahkan kami sekeluarga....
Apakah hak kamu untuk mengambil nyawa kami...


Jangan sekali-kali kamu bercerita tentang HAK kepada kami....
Kami benci mendengarnya.....
Beginilah jadinya  kalau kamu bersikap lebih dari Tuhan...
Kamu lupa yang kamu mempunyai Pencipta...
Kamu lupa yang kami terdahulu tinggal di Bumi...
Ingatlah wahai kamu sekalian....
Kami akan menuntut hak kami satu hari nanti....
Kami jugalah yang akan menolongmu akhir nanti....
Andaikata air matamu tak menitis melihat kami....
Jangan sekali-kali mengaku dirimu itu insan...
Janganlah jadi orang....
Janganlah jadi manusia....
Kamu jadilah INSAN.....




Sunday 18 March 2012

Si Manja Anda DALAM BAHAYA..!!!


Jika anda masih sayang kepada kucing anda. anda wajib memperhatikan tanaman-tanaman yang anda miliki di rumah anda. BanyaK tanaman yang beracun untuk simanja. 

nak tau ape tanamannya??

CALLA LILY


ALOE VERA (LIDAH BUAYA)

Crown of Thorns (Euphorbia milli)

Bird of paradise plant

GAJAH EAR
BUNGA IRIS
MANY FORM OF IVY
INGGRIS HOLY
POISENTTIA
Mistletoe 
POT MUM
Saddleleaf 
SPIDER MUMS
Umbrella Plant (Rumput payung, teki-tekian) 
TULIP
Daffodil 
Dieffenbachia (atau dumbcane) 
LANTANA
Bunga bakung

tanaman-tanaman diatas akan menyebabkan si manja anda muntah, mual atau kejang..