Blogger Templates

button like

Wednesday 21 November 2012

ABUN KUCING YANG BERSEMANGAT KENTAL!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Anda kenal Abun kucing KPK tak?? ape!! tak kenal??


ini lah abun yg KPK bela sejak 2008.. diberi gelaran abun disebabkan waktu mak KPK jumpa dulu kat pasar sangat kurus sehingga menampakkan BONE-BONE(tulang temulang) nya.. so sejak daripada tu kami mengelarkannya bone.. tp bila da lama2 jadi la ABUN.. haha



Ok berbalik kpd tajuk.. rentetan peristiwa yg menyebabkan nyawa abun dihujung-hujung je.. ttp dgn berkat doa kawan2 Alhamdulillah abun makin sembuh.. dipercayai luka yg abun alami ni akibat bergaduh dgn anjing..



10 Nov 2012




KPK terjaga sbb bau yg busuk gler (bau bangkai) dalam bilik KPK.. tgk2 bawah katil terlantar seekor abun yg lemah tak bermaya! bila KPK tarik dia keluar.. trkejut gler sebab tengkuk dia ada luka besar dan berulat2!!

Atas dasar tanggungjawab terhadap budak sekor ni.. KPK, adek2 & mak KPK pon ambik keputusan untuk hantar ke klinik haiwan.. tp malangnya klinik tak bukak.. kami bawak la abun balik.. bila malam menjelang abun mengiau2.. KPK bangun dan niat kat hati.. "biar aku je la yang rawat ko abun! atlease kalau mati pon aku tak rasa bersalah"  KPK ajak adek2 untuk bantu.. KPK start dgn post gambar abun ni kat KPK untuk dapat nasihat2 & pendapat dari kawan2! thanks suma!



kalau nak kata geli tu mmg gler nye geli.. dgn berbekalkan semangat anak jantan yg tinggi kat diri ni KPK start sediakan DETTOL, UBAT KUNING, COTTON BUD, KAPAS, SURAT KABAR LAMA, TORCH LIGHT, TOPENG TUTUP MUKA, GUNTING & PENGETIP BESI!
bermula dgn BISMILLAH KPK start bersihkan luka tu dgn air suam! dan tarik ulat2 guna cotton bud, tp cotton bud tak bole guna sbb lembut sgt.. so KPK guna penyepit besi!




lepas rawat.. alhamdulillah beberapa ekor ulat dapat dikeluarkan.. KPK bilas luka abun guna dettol & ubat kuning! lepas daripada tu baru la abun ada selera nak makan & minum!


selepas 2, 3 hari keadaan abun semakin tenat.. dia macam tak dapat bertahan.. KPK da siap gali lubang da pun.. kalau korang pasan kat page KPK ade post bnd ni..

kawan2 semua.. abun makin lemah.. dah macam tak da harapan da.. Ya Allah.. kalau btol da sampai masa abun ni.. Engkau ambil lah dia secepat mungkin.. tak sanggup aku tgk dia menderita.. kepada abun.. aku sebagai tuan yang pelihara kau.. aku halal kan makan minum ko.. pergi lah dgn tenang.. td waktu KPK bersihkan luka abun.. bebel2 dgn dia.. mata dia meleleh air mata.. pergi lah abun.. Allah.. Alla
h.. Allah.. Aku redha~:)
Mohon doakan abun pergi cepat kawan2 kalau masa dia da sampai..~
p/s : dipercayai ini disebabkan abun gaduh ngan anjing!





KPK tinggalkan abun sekor-sekor kat dalam sangkar bancuh susu, letak sekor ikan goreng & sapu ubat kat luka dia lagi then gali lubang stand by untuk tanam sok pagi time nak g keja tu..
esok pagi je tgk umur abun masih panjang.. tgk komen2 kat FB KPK ramai yg doakan kesihatan abun! keajaiban Allah bila mana ikan goreng dalam sangkar & susu tu da abis! siap pakej ade berak abun sekali dalam sangkar tu! haha
start dari hari tu KPK tau umur abun masih panjang! dan terus rawat dan merawat dia.. seminggu lepas tu..luka abun makin pulih.. 


KPK trim bulu2 dia.. buang kulit2 yg da kering.. keesokan harinya dia pon makin galak & bole tangkap cicak! haha


21 NOV 2012

KPK ambik abun dan mandikan dia.. bersihkan bulu2 dia.. bersihkan luka dia dan buang darah2 beku.. then sekarang dia dalam fasa pemulihan yg sangat baik! KPK cuma tak tau cam ne nak bagi luka dia cepat kering.. minyak gamat da letak sebotol da! haha 




4 DEC 2012


Abun nak g berburu.. luka dia ni da makin ok.. balik bila time makan je.. KPK da pesan kat abun jgn main jauh2~ skg dia main sekitar umah je.. & banyak rehat.. Al Maklum la kucing tua tambah sakit pulak tu.. hehe .


Gambar abun nak tangkap burung tadi~ hehe GET WELL SOON BRO!


26 DEC 2012







coretan diteruskan.. daging sudah makin tumbuh kat leher abun.. dan abun punya badan pon makin mengembang.. sihat & da bole ngorat.. hehe


Thursday 7 June 2012

Maru The Cat

Semalam.. Mase KPK tgh online.. saje je la google2 pasal kucing.. tibe2 KPK ternampak blog Maru The Cat.. walaupun blog ni dalam bahasa jepun.. KPK bkan paham pon.. tp.. ade terjemahan sikit la dalam B.I..and also (Oh My English.. hehe).. gambar2 die cute sangat2.. nak tgk gmbar2 die? KPK ambik sikit je la.. hehe jom layan~ kiki 

Maru:[I love thin boxes.]



Maru:[I am watching a bird.]

Maru:[I am bored.]

Setakat ni je la ek gambar2 Maru yg cute ni.. x larat KPK nak letak semua2 sebab semua comey2 belako.. hehe (kecek klate plak doh) =p

ha..!! lupe plak.. Maru ni ade FB fan page jugak tau..hehe.. (extraordinary btol Maru ni) ni link FB maru  MaruTheCatFans 

*from us with love*
thanks for support KPK.. 

Tuesday 5 June 2012

10 Kucing yang Popular

assalamualaikum semua.. hope korng nga meow2 sihat2 belaka.. (mcm nak tulis surat pulak.. ;p )


tetibe rasa nak buat entri ni.. pasal 10 Kucing yg Popular.. hehe.. korang semua suka igt x character2 kucing yg korang tgk kat tv? .. Kalau KPK.. antara yang KPK igt.. character2 ni la.. 


1) Salem the cat.. dalam cerita Sabrina The Teenage Witch
Salem the cat (Sabrina the teenage witch)




















2) Cheshire Cat dlm cerita Alice in Wonderland
Cheshire (Alice in Wonderland)












3) Figaro dalam cerita Mickey Mouse dgn Pinocchio
Figaro










4) Aristocats
Aristocats
















5) Felix the cat
Felix
























6) Tom dalam cerita Tom and Jerry
Tom and Jerry
















7) Puss in Boots
Puss



















8) Si dan Am dalam cerita Lady and The Tramp
Si dan Am 

















9) Hello Kitty
Hello Kitty
























10) Doraemon
Doraemon
























sebenarnye.. banyak lagi character kucing.. yg KPK ingat dan suke ni la diantaranye.. hehe
ade character lg.. korang leh share2.. sharing is caring kan.. =)
*from us with love*

Wednesday 23 May 2012

10 fakta menarik kucing~


  • Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari


  • Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya


  • Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki

  • Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan  1.814kg.

  • Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.

  • Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada laluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti


  • Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.

  • Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.



    • Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe

  • Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza.




















  • Sunday 29 April 2012

    TIPS MENJAGA ANAK KUCING YANG BARU LAHIR


    Anak kucing yang baru dilahirkan masih terlalu lemah untuk melawan sebarang penyakit. Oleh itu, anak kucing anda perlu mempunyai antibodi di dalam badan. Namun antibodi anak kucing selalunya diperolehi dari induknya sendiri iaitu melalui air susu ibunya. Kolostrum adalah cecair pra susu yang dihasilkan dari puting susu induk setelah melahirkan anak dalam masa 48 jam pertama. Air susu ini berwarna keputihan serta kental dan ia mengandungi protein antibodi, vitamin dan beberapa nutrisi seperti immunoglobin, lactoferrin, lactalbumin, glycoprotein, cytokine dan lain-lain yang berkesan untuk melawan virus seperti bakteria, kulat, alergi dan toksin.

    Kolostrum mengandungi khasiat yang lebih tinggi daripada susu dan ia sebenarnya membekalkan faktor imun untuk menyokong kehidupan dan faktor pertumbuhan bagi menjamin kesihatan dan daya hidup kepada anak kucing anda yang baru lahir.Antibodi ialah proten yang berbentuk molekul besar yang akan berpecah menjadi kecil di dalam sistem pencernaan. Hanya setelah 24 jam tempoh air susu yang keluar kebiasaannya tidak akan mengandungi kolostrum lagi.


    Oleh itu anak kucing yang baru di lahirkan harus diberikan susu segera supaya mendapat antibodi yang masih mengandungi kolostrum. Kemudian, barulah kita boleh memberikan vaksin untuk menggantikan antibodi melalui susu induknya. Untuk pengetahuan anda, tidak semua antibodi yang terdapat dalam kolostrum akan memberi kebaikan kepada anak kucing anda. Jika anak kucing yang mempunyai perbezaan jenis darah dengan induknya kolostrum ini boleh mengancam nyawa anak kucing.

    Tempoh kekebalan antibodi dari kolostrum sebenarnya adalah bergantung kepada jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing. Oleh itu jika jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing adalah kurang, maka potensi kekebalan anak kucing juga adalah rendah. Antibodi dalam kolostrum juga dikenali sebagai antibodi maternal.


    Antibodi maternal yang terdapat pada darah anak kucing akan berkurangan sedikit demi sedikit, dalam tempoh minggu ke 6 - 8. Oleh itu anak kucing sebaik-baiknya diberikan vaksin pada umur 9 minggu, agar anak kucing mempunyai kekebalan antibodi yang cukup untuk melawan sebarang penyakit dan seterusnya barulah anak kucing anda diberikan vaksin mengikut jadual.


    Saturday 28 April 2012

    Rumah kucing bakal dibina

    KOTA BHARU- Kerajaan Kelantan akan membina rumah bagi menempatkan kucing-kucing terbiar di negeri ini, selain mengelak haiwan berkenaan dizalimi.

    Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, melalui kerjasama dengan Persatuan Mencegah Kekejaman Haiwan (SPCA).

    “Kerajaan Kelantan sedia menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan memberi kerjasama penuh jika persatuan itu ingin membina rumah kucing.

    “Ini secara tidak langsung dapat memberikan pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menzalimi haiwan dan bersifat lebih berperikemanusiaan,” katanya kepada pemberita semasa lawatan ke pameran kucing peringkat negeri sempena Karnival Seni Budaya Kelantan, di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, kelmarin.

    Pameran dan pertandingan kucing itu mendapat kerjasama daripada kelab Kucing Malaysia, malahan pertandingan 100 kucing comel berlangsung di KTC hari ini dari pagi hingga petang.

    Takiyuddin berkata, terdapat banyak kucing terbiar di negeri ini termasuk di pasar dan kantin sekolah yang dibuang atau ia tidak mampu dibela sehingga menyebabkan haiwan tersebut ada di merata-rata tempat.

    Menurutnya, bagi tujuan membina penempatan khas kucing itu, pihaknya dan persatuan belum mengenal pasti tempat dan akan mencari lokasi sesuai.

    “Pihak kami berharap orang ramai lebih menyayangi kucing kerana ia adalah haiwan manja dan perlu diberi perhatian,” katanya.

    Katanya, berkenaan Karnival Seni Budaya Negeri itu bermula semalam dan akan berakhir 30 April di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, pihaknya akan membawa pelbagai kebudayaan menarik berbentuk hobi.

    MUZIUM DORAEMON DI JEPUN!

    Bagi anda penggemar watak kartun Doraemon, boleh bernostalgia. Kini sebuah muzium Doraemon didirikan di pinggir bandaraya Tokyo.
    Muzium itu juga turut menampilkan pencipta dan pengarang watak Doraemon iaitu Fujiko F. Fujio. Baik Fujiko dan Doraemon merupakan inspirasi bagi siri animasi yang diminati di seluruh dunia ini.

    Di muzium tersebut terdapat koleksi sebanyak 50 ribu barang, yang sebahagian besarnya adalah gambar asli Doraemon, serta meja yang selalu digunakan Fujio untuk berkarya, sehinggalah beliau meninggal dunia pada 1996. Bangunan muzium itu juga dilengkapi dengan panggung kecil dan coffeshop. 

    Doraemon diterjemahkan hingga ke lebih dari 30 bahasa dan masih popular sehingga kini. Doraemon pernah dipilih sebagai duta budaya kartun untuk Jepun pada tahun 2008.

    Friday 20 April 2012

    Penyakit Kucing yg Membawa Maut


    Disini ada 1 perkara yang ingin dihebahkan buat pengetahuan semua, juga sebagai panduan bagiyang menyayangi kucing peliharaan anda. Antara sebab yang menimbulkan kemurungan dankeadaan yang kelihatan "sakit" bagi seseekor kucing adalah disebabkan oleh demam, iaitu suhubadan yang melebihi dari suhu biasa bagi seekor kucing yang sihat.

    Antara suhu yang dikategorikan Demam tersebut adalah diantara 35'C - 38'C.... ( Mungkin yang pakar boleh menerangkan lagi )Namun begitu...ada sesetengah kucing ini mengalami demam pada suhu yang melampau....seperti 38'C hingga 45'C.....dan ini diistilahkansebagai demam panas yang jarang berlaku kepada kucing. namun begitu, jika dikesan lebih awal ia dapat diselamatkan dgn pelbagai kaedah. malahada diantaranya yang mengalami penyakit "sawan" sepertimana yang dialami manusia.

    Pada tahap tersebut....kucing biasanyasudah tidak mampu mengawal fikiran dan tidak lagi mampu mengawal pergerakan badan yang mana akan menyebabkan sistemperkumuhan dan pernafasan turut terjejas. Atau dengan lebih tepat lagi....degupan jantung mereka akan berhenti pada bila2 masadan menyebabkan kematian yang mengejut. ( ini biasa terjadi pada kucing yang hyperactive dan yang mengalami gejala spt yang disebutkan )

    Antara gejala awal :

    1. Kemurungan2. Kelihatan pasif3. Suka menyendiri4. Mendiamkan diri ditempat yang sejuk spt bilik air, lantai bersimen, ruang tersorok dll.5. Duduk dan melipatkan tangan kearah dada dan menegakkan kepala dengan mata yang tertutup.6. Kencing yang berwarna kekuningan lebih dari kencing yang biasa...juga najis yang cair dan berbau..7. Sememangnya kelihatan sakit. ( Keadaan yang lain dari hari2 biasa yang anda kenali terhadap kucing peliharaan anda )


    Antara Sebab / Punca :

    1. Hyper active dalam usia yang terlalu muda.

    2. Makan yang berlebihan. Kurang air dalam badan

    3. Gejala kecil yang bermula seperti selsema dan bersin yang kerap

    4. persekitaran yang kotor ( terutama bagi yang pernah mengalami masalah kutu sebelunnya )

    5. Multivitamin yang berlebihan ( ia bertindak seakan fungsi steriod kepada manusia )nota : mulltivitamin akan meningkatkan suhu mereka!!( jadi ia sama sekali tidak sesuai diberi ketika kucing sedang mengalami selsema atau kepanasan )

    6. Gejala terlalu kerap dimandikan ( terutama yang menggunakan air paip shj. )

    7. mengalami tekanan akibat perubahan tempat, makanan, pertukaran tuan baru dan juga persekitaran. ( kerana kucing sangat sensitif ) 


    Saturday 14 April 2012

    Penjagaan Veterinar


    Kucing haruslah divaksin seawal 2 bulan untuk melindunginya dari pelbagai penyakit. Awasinya dari kutu, pepijat dan hama telinga yang boleh menyebabkan ketidak selesaan dan rasa gatal. Pencegahan cacing secara teratur boleh menjauhkan parasit seperti:

    1. Cacing Kerawit2. Cacing pita dll


    Adalah dinasihatnkan supaya anda mendapatkan penilaian fizikal kucing dari doktor veterinar pada setiap 6 bulan sehingga setahun sekali.

    VaksinasiKucing anda harus mendapatkan vaksinasi yang teratur untuk mencegah dari pelbagai penyakit serius.

    Pengawalan ParasitKutu dan cacing boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan memberi risiko kesihatan kepada anda dan kucing anda. Minta nasihat doktor veterinar untuk cara pencegahan yang terbaik.


    Merapi

    Perapian adalah perlu untuk mengekalkan kesihatan keseluruhannya.
    1. Berus seminggu sekali. Kucing berbulu panjang haruslah diberus setiap hari

    2. Potong kuku apabila perlu.

    3. Kebersihan mulut adalah perlu untuk kesihatan keseluruhan

    4. Bersihkan kucing anda setiap 2 minggu atau bila perlu.

    5. Mandikan kucing anda untuk menghilangkan habuk dan bau.

    6.Penjagaan Makanan.


    Sunday 8 April 2012

    BAGAIMANA DAN BILA MEMBERI KUCING MAKAN


    Adalah penting untuk memberi makanan mengkut jumlah yang tepat mengikut jarak masa yang sesuai, tetapi ini mungkin merumitkan pembahagian makanan adalah berbeza dari seekor kucing kepada yang lain. Pemberian makanan dalam tin atau beg hanyalah satu langkah permulaan. Adalah penting kepasa keadaan kesihatan fizikal diperhatikan dari masa kesemasa dan jumlah makanan diubah mengikut keperluan.


    1. 2.5kg = 30 - 40g
    2. 3kg = 40 - 50g
    3. 4kg = 50 - 65g


    Untuk memastikan kucing kita sehat, saya mencadangkan beberapa langkah mudah seperti:

    1. Pastikan berat badan kucing anda
    2. Ikut panduan pemberian makanan yang terdapat dibelakang beg makanan.
    3. Kucing dewasa harus diberi makanan 2x sehari
    4. Buat penilaian keadaan fizikal kucing anda setiap bulan.

    Elakkan memberi lebihan makanan atau makanan yang dimasak kerana ini menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang yang serius. kucing kita mestilah mendapatkan belakan air bersih setiap masa. Kucing sentiasa kehilangan air menerusi pernafasan serta apabila pergi ke tandas.


    Thursday 5 April 2012

    KISAH BENAR..!! jangan membenci kucing..


    Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.
    Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan yang boleh di katakan aagak bijak untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya Gayah. Maka, bermulalah kisah ini dengan rancangan jahat Budin.
    Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, lalu disumbatnya ke dalam karung beras berjenama Mehsuri. Tanpa berlengah dia terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tadi tanpa ada perasaan belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza yang agak famous suatu masa dulu. Tetapi, kegembiraan itu hanyalah sementara sahaja. Apabila tiba di rumah si Tompok dengan sombong dan bongkaknya melanggok di depan pintu rumah Budi. Lagaknya yang kelihatan agak macho semasa ia menyambut kepulangan Budin. Betapa sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan lagi.
    Keesokkan harinya, Budin meneruskan lagi rancangan jahatnya itu. Kali ini lebih jauh dibawanya si Tompok, kira-kira 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang Budin menyeluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan Budin. Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang si Tompok lagi jauh, tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuhi, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,segala kona-kona maut, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja. Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
    Berikut adalah perbualan Budin dan Isterinya Gayah melalui telefon Blackberry mereka.
    Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuhsuspen lagi berdebar-debar...
    Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.
    Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...
    Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
    Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!
    Moralnya ialah: Janganlah kita mempunyai sikap seperti Budin kerana ia bukan saja akan menyusahkan kita, bahkan ia menyebabkan minyak motor kapcai kita dibazirkan begitu saja. Minyak pun sekarangkan dah mahal, jadi pandai-pandailah berjimat. Sayangilah haiwan kesayangan Rasulullah ini.
    
    hehe~ jgn marah erk saje lepas tension ni~ huhu=P



    Saturday 31 March 2012

    kenapa bulu kucing gugur???


    Terdapat banyak faktor kenapa bulu kucing gugur…

    1. Kutu/Lices

    Lazimnya kucing akan gatal dan menggaru dengan tahap maksima, menyebabkan bulunya gugur

    Treatment : Gunakan Bio-Spot atau Frontline…sembur pada kucing, ulangi selepas 48 jam..dan ulangi lagi selepas 48 jam. Ini kerana telur kutu boleh menetas dlm 48 jam. Jangan mandi kucing tersebut sehingga seminggu. Sembur juga bilik kucing, carpet jika ada..kerana kutu boleh bersembunyi disini. Tidak berkesan jika kita hanya treat kucing…tetapi beberapa hari kemudian kutu akan datang semula.

    2. Fungus

    Fungus kelihatan seperti debu yang boleh menyebabkan sel2 pada bulu kucing mati.

    Treatment : Mandikan kucing menggunakan Malaseb dan beri ia pil anti-fungus.

    3. Kekurangan Protein dan Vitamins

    Makanan yang berasaskan meat by products mempunyai kandungan protien yang sedikit..Kucing memerlukan protien untuk membina kulit dan bulu yang sihat…

    Treatment : Makanan yang berkualiti, makanan segar (raw), multi-vitamins dan juga brewer yeast

    4. Bulu Kering

    Lazimnya ia disebabkan kekurangan minyak pada bulu dan juga pengunaan syampoo yang berlebihan

    Treatment : Pastikan anda menggunakan syampoo mengikut sukatan yang disyorkan, minyak seperti salmon oil boleh membantu.

    5. Stress

    Kadangkala kucing mengalami stress samada persekitaran atau kehadiran kucing lain. Ia lazimnya akan grooming dirinya secara keterlaluan atau menggaru sehingga bulu tanggal. Pastikan apa yang menyebabkan kucing stress dan take care of it.


    Friday 30 March 2012

    Tanda-tanda Kucing Bunting/Mengandung


    Pemilik kucing yang tidak berpengalaman mungkin terlepas pandang tanda kucing betina berada dalam keadaan heat. Sesetengah kucing memperlihatkan tand-tanda yang jelas berada dalam heat berbanding kucing lain. Jika anda mempunyai kucing yang berada dalam heat dan kemudian berhenti dan tiba-tiba kitar itu tidak kelihatan, maka kucing betina anda kemungkinan besar sudah mengandung.

    Kebiasaannya, kucing betina tidak memerlukan sebarang penjagaan khusus ketika tempoh bunting. Mereka kelihatan boleh menjaga diri masing-masng. Selain dari memberikan makanan yang mereka mahukan dan melindungi mereka dari penyakit dan parasit, selebihnya boleh diserahkan kepada mereka sahaja untuk menjaga dirinya.

    Disebabkan tempoh mengandung hanyalah sekitar 9 minggu, maka segalanya akan berlaku dalam keadaan singkat. Antara tanda-tanda yang kelihatan adalah:
    • Peningkatan selera makan
    • Puting susu menonjol dan kemerahan (sekitar 2 minggu selepas mengawan)
    • Bahagian perut semakin membulat
    Jika anda khuatir, anda boleh bawakannya ke vet untuk pengesahan lanjut. Jika vet mempunyai x-ray, anda boleh mengimbasnya pada hari ke 50-54 untuk melihat jumlah anak kucing di dalamnya. Purata kelahiran adalah antara 3-5 ekor anak kucing tetapi bergantung kepada keadaan juga lah.



    Thursday 29 March 2012

    ~MENJAGA ANAK KUCING YANG TIADA IBU~



    Pernah tak korang jumpe anak kucing yg dah xde ibu.. samada ibu die dah mati ataupun ibu kucing tu lari xnak nyusukan anak die ataupun ade org ambil ibu kucing dari anak2nya..??

    Anak kucing berusia 1 hari hingga sebulan adalah sgt lemah dan sangat2 memerlukan penjagaan rapi.Anak kucing pada usia ini perlu diberi susu (belikan formula khas utk anak kucing) setiap 3-4 jam sehari iaitu lebih kurang 7-8 kali sehari. Ia juga perlu diletak di tempat yang hangat dan selesa.Cara mudah ialah isi air panas dlm botol tahan panas, dan balut botol tersebut dgn selimut/blanket kemudian letakkan dlm kotak/bakul tempat anak kucing itu berada.Anak kucing yang sgt kecil ini mungkin akan membuka mata pada usia 2 minggu.Anda juga hendaklah merangsang ia kencing dan membuang najis setiap kali lepas menyusu dengan melapkan kapas/tisu basah di bhgn punggung anak kucing itu.Ini kerana ia cuma akan membuang najis apabila dirangsang oleh rangsangan sentuhan seperti jialatan ibu kucing tersebut sewaktu membersihkannya. 


    Pada usia 2 minggu, bawalah ia ke klinik vet untuk mendapatkan rawatan kecacingan. Pada usia ini juga ia sudah boleh diajar cara membuang najis di dlm litter box yang berisi pasir(litter sand).Tetapi ia mungkin memerlukan lebih kurang 2-4 minggu utk mahir kerana ia tiada ibu sebenar utk mengajarnya.Apa yang anda boleh buat ialah , bawa anak kucing ke litter box dan sapukan kaki hadapannya ke atas pasir litter atau,ambil sedikit najisnya dan letakkan sedikit di dlm litter box, insya Allah ia tahu bhw di situlah "Tandas" baginya.

    Doktor veterinar akan memeriksa kucing anda apabila dibawa ke klinik dan jadual pemvaksinan akan ditentukan oleh dokter.Ubat nyahkutu dan syampu antikutu cuma sesuai dipakaikan kepada anak kucing berusis 7-8 minggu kerana ia mengandungi toksik yang boleh menjejaskan perkembangan buah pinggang dan hati anak kucing anda.

    Pada usia satu bulan anak kucing boleh diajar memakan mkn separa pejal seperti ikan/ayam rebus atau mknn yang siap dipaket(tuna/chicken, sardine dll berjenama seperti whiskas, snappy tom, royal canin, science diet dll).


    Pada usia dua bulan ia sudah bersedia bagi mknn pejal seperti cat biscuits(disarankan membeli cat biscuits stage kitten 2-6 bulan).Perlu diingatkan kucing adalah haiwan karnivor dan memerlukan makanan berasaskan ayam/daging atau ikan, bukannya makanan manusia seperti nasi dan roti. Apabila anda memberi kucing mkn nasi, ia samalah seperti anda memberi lembu memakan daging @ikan! Anak kucing sgt kuat bermain-main dan amat sesuai jika anda membela sekurang2 nya 2 ekor supaya ia ada kwn dan tidak bosan apabila anda tiada di rumah.Kucing yang bosan cenderung merosakkan /menggaru perabut atau kencing/berak merata2.

    P/S : k.p.k nk share info ni sbb kt kolej k.p.k ade ibu kucing yg kehilangan ank. k.p.k cian sgt ngn ibu kucing ni.smpaikan ibu kucing tertidur kepenatan sbb cari anknye xjmpe². pastu yg pling wat k.p.k sdih sgt, tempat kantung susu ibu kucing ni jd pnuh smpai susunya melimpah² sbb bsenye anknya yg hisap. tp anknya da xde. ade org amek. smpai ati org 2 amek anknya yg masih kcik lg.. :'( :'(

    PESANAN DR K.P.K : klu pun nk sgt amek ank kucing, amek dgn ibunya sekali.xpun 2gu smpai ank kucing da lepas susu (da pndai mkn bnde lain selain dr menyusu)..


    Saturday 24 March 2012

    Dilema membela Kucing~


    Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.
    Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui - toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.
    Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.
    Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.
    Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.
    Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.
    Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.
    Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.
    Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.
    Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.
    Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.
    Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
    Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.
    Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.
    Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:
    * Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
    Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.

    Oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.
    Sumber:Utusan Malaysia~