Blogger Templates

button like

Friday 30 March 2012

Tanda-tanda Kucing Bunting/Mengandung


Pemilik kucing yang tidak berpengalaman mungkin terlepas pandang tanda kucing betina berada dalam keadaan heat. Sesetengah kucing memperlihatkan tand-tanda yang jelas berada dalam heat berbanding kucing lain. Jika anda mempunyai kucing yang berada dalam heat dan kemudian berhenti dan tiba-tiba kitar itu tidak kelihatan, maka kucing betina anda kemungkinan besar sudah mengandung.

Kebiasaannya, kucing betina tidak memerlukan sebarang penjagaan khusus ketika tempoh bunting. Mereka kelihatan boleh menjaga diri masing-masng. Selain dari memberikan makanan yang mereka mahukan dan melindungi mereka dari penyakit dan parasit, selebihnya boleh diserahkan kepada mereka sahaja untuk menjaga dirinya.

Disebabkan tempoh mengandung hanyalah sekitar 9 minggu, maka segalanya akan berlaku dalam keadaan singkat. Antara tanda-tanda yang kelihatan adalah:
  • Peningkatan selera makan
  • Puting susu menonjol dan kemerahan (sekitar 2 minggu selepas mengawan)
  • Bahagian perut semakin membulat
Jika anda khuatir, anda boleh bawakannya ke vet untuk pengesahan lanjut. Jika vet mempunyai x-ray, anda boleh mengimbasnya pada hari ke 50-54 untuk melihat jumlah anak kucing di dalamnya. Purata kelahiran adalah antara 3-5 ekor anak kucing tetapi bergantung kepada keadaan juga lah.



8 comments:

  1. Thanks for the info. tanda2 lain, kucing akan kuat tidur.

    ReplyDelete
  2. kucing betina akan extra manja ngan owner :)

    ReplyDelete
  3. tanda2 kucing kuat makan juga.

    ReplyDelete
  4. berapa lama selang masa kucing betina akan mengandung balik lepas melahirkan anak2x kucin?

    ReplyDelete
  5. tanda2 cepat marah dan sgt sensitif...

    ReplyDelete
  6. Thanks for the info... aku dah pun neuturedkan kucing betina aku... tak larat dah nak bela anak kucing bebanyak...

    ReplyDelete
  7. kalo kucing I bunting senang je nak tau... dia akan buat kan I yang pening mual nak muntah macam orang baru pregnant... lepas 2 minggu tu konfem kucing I bunting... sabar je la...

    ReplyDelete
  8. Kucing akan muntah ke kalau nak pregnant ?

    ReplyDelete