Blogger Templates

button like

Saturday, 24 March 2012

RAHSIA WARNA KUCING!! RAHSIA WARNA KUCING!!


Satu fakta menarik mengenai kucing!

Tahu tak,sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna,99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina! Walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!Jadi, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!

Nak tau kenapa..dan buktinya? Ini penjelasan dari sudut sains. Wallahualam.

Kucing, (atau pun manusia), atau apa-apa jua hidupan di dunia ini,adalah terbina dari susunan-susunan juzuk DNA dalam diri masing-masing.DNA adalah dianalogikan seperti blueprint,yang mengandungi arahan, maklumat, kod-kod, rahsia-rahsia dan sebagainyayang menentukan sesuatu organisma individu tersebut.Rahsia DNA manusia masih belum dibongkar sepenuhnya lagi,ini kerana terdapat berbillion-billion kod-kod tertentu yang menentukan setiap aspek ciri dalam diri kita. Malah, terdapat teori, yang jangkahayat manusia turut terenkripsi dalam DNA!

DNA yang telah disusun, dipanggil kromosom.Kromosom adalah set DNA terdapat di dalam sesebuah sel organisma.Bilangan kromosom adalah berbeza-beza mengikut organisma.Contoh, manusia mempunyai 46 kromosom dalam bentuk berpasangan (23 pasangan).Satu kromosom berpasangan tersebut berasal dari ayah, manakala satu lagi berasal dari ibu.Setiap kromosom mempunyai antara 1000-5000 gen.Gen adalah jujukan beberapa DNA yang menentukan satu ciri dalam badan kita.Satu gen boleh dibentuk sehingga menjangkaui 50,000 molekul DNA.Dalam setiap organisma berjantina, terdapat 2 kromosom khas iaitu Kromosom X dan Y.Pasangan antara X dan Y menentukan jantina.Sekiranya seseorang mempunyai kromosom XX, maka ia adalah perempuan.Dan jika mempunyai kromosom XY, maka ianya adalah lelaki.

“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antaraapa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apayang tidak mereka ketahui”. (Surah Yaasin: 36)

Okay.itu untuk manusia.Kalau kucing pula..

Salah satu ciri yang dikawal oleh DNA kucing adalah warna bulu kucing.Ciri ini ditentukan oleh kromosom X.Secara umumnya, terdapat 3 jenis warna kucingyang dikawal oleh allel dalam kromosom X,iaitu warna cerah/oren (XO), warna gelap/perang (Xo).Allel adalah ciri-ciri pada sepasang gen dalam kromosom.Analoginya sebegini.Warna asal kucing adalah putih (tiada warna).XO adalah “cat” berwarna cerah(oren).Xo pula adalah “cat” berwarna gelap(hitam/perang).Maka campuran ketiga-tiga inilah yang menjadikan kucing mempunyai 3 warna.Maka bagi kucing yang mempunyai 3 warnaatau juga dikenali sebagai “calico” @ “tortoiseshell cats”,kucing ini mempunyai kedua-dua jenis allel iaituXO, Xo yang di-ekspressikan secara serentak.

Untuk kucing mempunyai kedua-dua allel tersebut,kucing tersebut mestilah mempunyai dua kromosom X.Dan hanya kucing betina yang ada 2 kromosom X, iaitu XX.Tapi macam mana pula dengan kucing jantan 3 Warna?Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu?Datang dari mana?

Okay.Macam ni..

Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetikyang dipanggil Kleinfelter’s Syndrome.Klinefelter Syndrome berlaku apabilakromosom yang menentukan jantina seseorang (atau seseekor),yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga iaitu lebih satu kromosom X.Seperti yang diketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY.Perempuan/betina pula, adalah XX.

Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY.Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan(kerana kehadiran kromosom Y),tetapi adalah mandul (infertile).

Jadi, kucing jantan yang mempunyai 3 warna(kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna),pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan sebab itu juga, mandul.tapi macam mana pula jika anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi “gagah perkasa kejantanannya” dan keaktifan yang tidak terkawal?ehehehe...

Maka inilah kejadian tuhan yang sangat-sangat istimewa, iaitu dipanggil Chimera.Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi,iaitu 2 zigot disenyawakan serentakmalah bergabung menjadi satu embrioketika proses pembentukan di dalam uterus si ibu.Fenomena 2 zigot disenyawakan serentak adalah relatifnya biasa.Contoh paling mudah, kembar tidak seiras.Kembar tidak seiras adalah terbentuk sekiranya dua ovum disenyawakan oleh 2 sperma, juga membentuk 2 zigot. Dua zygote ini mungkin mempunyai jantina yang sama ataupun berbeza, ciri-ciri yang sama ataupun berbeza.

Jadi, apa itu chimera?Bayangkan, 2 zigot kembar tidak seiras ini,mempunyai jantina yang sama,bergabung ketika proses tumbesaran dalam uterusmenjadi satu.Chimera tersangatlah jarang terjadihanya 40 kes yang pernah dilaporkan dan direkodkansepanjang jangka hayat kehidupan umat manusia.

Begitulah juga dengan kucing chimera.Asalnya dari 2 zigot yang sama jantina tetapi berlainan warnakemudiannya bergabung dan dilahirkan menjadi seekor kucing -jantan sejati tetapi 3 warna. SubhanAllah!

"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua.Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnyasemuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang(mahu) berfikir." [13:3]

9 comments:

  1. Ada penduduk kampung aku ckp. Kalo dpt kucing jantan 3kaler, tuan punya kucing boleh dot ilmu kebal & halimunan. Fakta atau mitos. Ntah.. mitos je kot.

    ReplyDelete
  2. yes, akhirnya aku dh tau jwpan sbnr knapa kucing jntan xde yg 3 kaler..mekasih

    ReplyDelete
  3. dlu penah sya ader anak kucing jantang comel sgt ngan 3 kaler..hilang di curi org..huhuhu

    ReplyDelete
  4. kucing jantan ade yg 3 kaler la.my cat 3 kaler which i import dr thai.mix persian.org tua2 ckp kucing 3 kaler jantan bawak tuah.lg lbertuah klu tgk kt langit2 dlm mulut dia hitam.my cat ade.sbb tu mase nk beli my cat named chimi2 yg outstanding n tonjolkan diri dia suh pilih dia...kelebihan kuat makan n manje terlebih..huhu...sayang chimi2

    ReplyDelete
  5. kucing sy jantan 3 kaler, tapi kaler oren tu ada setompok je atas pinggang dia. tp tompok tu besar la.. dulu time dia kecik ingatkan betina, tgk2 jantan. tapi baru umur stahun, belum terbukti keperkasaan tu.. hahaha~ papepun dia sgt manje n dilayan sama je mcm yg lain..

    ReplyDelete
  6. Pernah bela kucing jantan 3 kaler. Dia mmg tak menggatal kalau jumpa betina. Dia meninggal sakit leukimia (T_T) Dah byk bg ubat n antibiotik utk panjangkan riwayat.

    ReplyDelete
  7. Saya juga pernah nampak kucing jantan 3 kaler iaitu jenis calico jenis bertompok oren dan hitam dan kaler putih. Bila saya lihat buah zakarnya agak kecil bila dibandingkan dengan kucing jantan dewasa yg lain dan mungkin ia mandul.

    ReplyDelete
  8. saya ade jumpe sekor umur baru 2 bulan... bawak balik trus...

    ReplyDelete