Blogger Templates

button like

Friday 16 March 2012

KUCING ANDA KATEGORI YANG MANE??


Kucing itu dikatakan KURUS apabila:

(Skor 1) Struktur tulang rusuk kelihatan pada kucing berbulu pendek, perut termasuk ke dalam,tulang belakang sangat senang dirasa dengan tangan.

(Skor 2) Struktur tulang rusuk masih kelihatan,tulang belakang senang dirasa tetapi masih ada ketulan otot minimum,perut ke dalam, lemak tidak boleh dipalpat (palpate)

(Skor 3) Tulang rusuk boleh dirasa tetapi ada selapisan lemak melapisi tulang rusuk,pinggang "ramping" ,terdapat sedikit lemak di bahagian perut yang boleh dirasa dengan tangan.

(Skor 4) Tulang rusuk boleh dirasa tetapi ada selapisan lemak melapisi tulang rusuk,pinggang "ramping" ,terdapat lebihan lemak di bahagian perut yang boleh dirasa dengan tangan.

Berat kucing itu IDEAL jika:

(Skor 5) Keadaan badan seimbang, sedikit ramping, tetapi perut tidak ke dalam,ada sedikit lapisan lemak pada bahagian abdomen.


Kucing itu GEMUK jika:

(Skor 6) Tulang rusuk masih boleh dirasa dengan lebihan lemak melindungi bahagian rusuk, tiada "pinggang ramping" .

(Skor 7) Tulang rusuk tidak dapat dirasa kerana dilitupi dengan lapisan lemak yang tebal,tiada "pinggang ramping"bahagian abdomen agak bulat dan berisi.

(Skor 8) Tulang rusuk tidak dapat dirasa kerana dilitupi lapisan lemak yang lebih tebal,pinggang tidak kelihatan,bahagian abdomen bulat,berisi dengan kewujudan kantung lemak di bawah perut, Bahagian tulang belakang dilitupi lemak yang tebal(tulang tak dapat dirasa).

(Skor 9) Tulang rusuk tidak dapat dirasa kerana dilitupi lapisan lemak yang sangat tebal,pinggang tidak kelihatan,bahagian abdomen lebih bulat,berisi dengan kewujudan kantung lemak di bawah perut,juga kaki dan bahagian muka nampak gemuk, bahagian tulang belakang dilitupi lemak yang tebal(tulang tak dapat dirasa)

SKOR 1 - KURUS GILER

SKOR 3 - KURUS

SKOR 5 - IDEAL

SKOR 7 - GEMUK

SKOR 9 - GEMUK GILER!


p/s: tp bg KPK, KUCING GEMOK TETAP COMEL!!! :) :) :)

6 comments:

  1. kucing sy dari atas ideal...tp dari sisi nampak buncit lak..hahhaa

    ReplyDelete
  2. kuching saya skor yg ke 7...(",) jantan tapi tonggek n seksi...;)

    ReplyDelete
  3. kucing saya skor 9. nak melompat keluar pintu pun pemalas. kalau lari, brek selalu terbabas, hahaha

    ReplyDelete
  4. missKittyPussyWussy23 March 2012 at 04:18

    Mr. Tuah sy sgt gemokk..mkn pun x ingt dunia.

    ReplyDelete
  5. Kucing pun kita kena jaga pemanakannya. Bagi makan ikut masa dan diet yg sesuai untuk kesihatan mereka. Kalau dah gemuk tu, kena control diet mereka dan byk kan aktiviti fizikal. Jgn lembut hati, bagi haiwan kesayangan makan bila mereka mengiau. Hanya bg pada masa yg ditetapkan.

    ReplyDelete
  6. kucing aku maybe skor 1 atau 2..mcm mna la x kurus,asal gemuk cikit je nk bunting..bila dh bunting,mula la kurus balik

    ReplyDelete