Blogger Templates

button like

Thursday 8 March 2012

Rahsia kucing - kucing teman masa depan anda


Menarik, penuh enigma, bijak, comel,manja dan menghiburkan. Kucing merupakan haiwan yang ternyata berlainan dalam alam haiwan. Ia seharusnya disanjung dan dikagumi sebab ia seolah diberkati kuasa luar biasa !

Sains masa kini berjaya menyingkap sesetengah misteri yang menyelubungi haiwan ini. Kajian membuktikan kucing yang kita sayangi dan hargai sebagai teman sebenarnya mendatangkan manfaat yang besar kepada manusia.

Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi, khususnya untuk warga tua dan warga cacat.

Kanak-kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang.Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.

Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang
garam.

Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, purata 2% lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.

Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.

Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit kepala dan sakit belakang.

Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain.

Kucing sesungguhnya baik untuk kita. Ia menyerlahkan kesihatan dan merupakan teman sejati selain membekalkan anak-anak kita dengan keyakinan dan tanggungjawab agar mereka membesar menjadi orang dewasa yang riang dan seimbang.


sumber : http://www.farha.wakaf.net/kucing.html

5 comments:

  1. nice info....Walaupun tak mampu nk bersuara, tapi dari pergerakan, dari pandangan mata kucing, kita tau yg dia faham perasaan kita :)

    ReplyDelete
  2. cuba lihat dikampung2, knapa golongan emas suke membela haiwan......??? Mereka adalah haiwan yang menenagkan..:)

    ReplyDelete
  3. Mengajar kita sabar dn plg penting mereka tidak sedikit pun menyimpan dendam. Hati cair melihat mereka w/pun mereka tidak pernah senyum... meowwww.... I Love Youuuu Meoww...

    ReplyDelete
  4. bnyak faedah nye bela kucing ni. menyenangkan hati :)

    ReplyDelete
  5. sy sedey...kucen jantan pertama dlm famili sy..ilang tanpa berita... dia mmg sakit sejak lahir..mcm2 ubat bg dia makan... hari ni balik dr kampus setelah 3mgu tk balik..dia masih ilang.. sedey sgt2...mcm kehilangan wpun takla slalu jumpe dia...

    ReplyDelete