Blogger Templates

button like

Saturday 17 March 2012

~TIPS UTK MENGATASI MASALAH KUCING KENCING MERATA-RATA~ ^^,


Apa itu air kencing ?

Air kencing atau urine terdiri daripada urea, urochrome dan asid urik. Asid urik yang menyebabkan air kencing kucing sukar dicuci. Kenayakan pencuci akan menghilangkan bau urea & warna air kencing (urochrome) tetapi sebenarnya kesan asid urik itu masih ada. Asid uric adalah sejenis pekatan yang mengandungi kristal tak larut (unsoluble crystal) yang sukar dicuci dgn air dan sabun pencuci biasa.Oleh itu kucing anda masih boleh mencium bau asid urik ini dan berkemungkinan besar akan membuang air kecil di tempat yang sama pada masa akan datang.

Bagaimana nak mencuci air kencing kucing?

1) Larutan cuka - bancuh cuka dan air paip sama banyak (nisbah 50 : 50)dan masukkan ke dalam botol yang mempunyai muncung spray.Sembur laruta ke atas permukaan lantai. Jika kucing anda kencing di atas permaidani, larutkan dahulu air kecing itu dgn menyiram sedikit air ke atas air kencing tersebut , kemudian barulah dispray dgn larutan cuka tadi.


2) Pencuci enzim

Enzim dalam serbuk/larutan pencuci jenis ini akan "memakan" kristal asid urik tersebut.Walau bagaimanapun, anda perlu mencucinya berkali-kali dan memerlukan kesabaran untuk memastikan ia berkesan. Kebanyakan pencuci ini boleh didapat di pasaraya2.


Masalah kencing merata-rata. Kenapa kucing sy bertindak sedemikian?

1.Litter box sudah penuh/ terlalu kotor.Kucing adalah haiwan pembersih dan cerewet, jadi pastikan pasir kucing ditukar setiap hari.

2.Litter box telah dialihkan ke tempat baru. Kucing sangat cerewet tentang perubahan susun atur perabot dan barangan dlm rumah yang kadangkala boleh mengakibatkan stress.

3. Kucing baru dipindahkan ke rumah/tempat baru.

4. Ada kemasukan ahli keluarga baru ( kucing baru, ahli keluarga baru seperti bayi dan kanak2 kecil....kucing tau rasa cemburu!)

5.Marking behaviour - semasa musim mengawan, kucing jantan yang subur akan aktif mencari betina & menanda kawasan "jajahannya"(territory). Castration(pemandulan kucing jantan) akan dpt menyelesaikan masalah ini.)

6.Masalah kesihatan seperti jangkitan pundi kencing, batu karang, sakit buah pinggang atau radang pundi kencing.Sila bawa kepada vet anda jika perkara2 di atas tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

source from : http://catlina7.blogspot.com

26 comments:

  1. gua kne beli cuka la pasni

    ReplyDelete
  2. wahahahahahaha

    ReplyDelete
  3. haha,bru tau cuka leh ilang kn bau 2,huhu,ok2..tp klau kucing jantan yg pancut2 2 kire normal kn?xde pape mslah kn

    ReplyDelete
  4. Tp klu kycing betina yg pancut nape ya?

    ReplyDelete
  5. pada pendapat saya;

    cuba amek kucing tuan/puan, lepas tu, letak muka kucing tu kat air kencing/najis. nescaya dia akan mula belajar kencing dan buang air besar di luar rumah.selamat mencuba

    ReplyDelete
  6. dah ada pasir tp masih berak merata2...mcm mane nak suruh dia jgn berak kat tempat sama...berak le kat jamban dia..ari2 tukar pasir..

    ReplyDelete
  7. sy guna spray ridset ngan minyak tanah je... janji kena hilangkan bau dia... kalau ada bau, for sure dia akan kencing @ berek kay situ lg

    ReplyDelete
  8. shahry : 1) Larutan cuka - bancuh cuka dan air paip sama banyak (nisbah 50 : 50)dan masukkan ke dalam botol yang mempunyai muncung spray.Sembur laruta ke atas permukaan lantai. Jika kucing anda kencing di atas permaidani, larutkan dahulu air kecing itu dgn menyiram sedikit air ke atas air kencing tersebut , kemudian barulah dispray dgn larutan cuka tadi.


    2) Pencuci enzim

    Enzim dalam serbuk/larutan pencuci jenis ini akan "memakan" kristal asid urik tersebut.Walau bagaimanapun, anda perlu mencucinya berkali-kali dan memerlukan kesabaran untuk memastikan ia berkesan. Kebanyakan pencuci ini boleh didapat di pasaraya2.
    (ini la tips nye..^_^ )

    ReplyDelete
  9. tapi masalah saya pada kucing betina... bagaimana ye?

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah kucing betina sy tau pegi toilet sbb sy letak litter box dia dln toilet..sy br je adopt dia 2mgu..:-)

    ReplyDelete
  11. dah 7 tahun saya bela kucing saya ni.klu nak kencing dia pasti kencing dlm bilik air.
    tapi tiba2 perangai dia berubah..kencing di atas katil.mcm x percayapun ada.hilang
    kesabaran ni.rumah sy ni apartment.klu rumah teres bleh letak diluar.apa yg perlu saya buat ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia buat perangai la,nak bagitau kita...samaada dia bosan,ada barang dia suka yg kita dah pindah kan,atau ada orang baru datang pindah masuk rumah . ( kucing ku buat perangai tiba2 sbb tu ku tahu.)

      Delete
  12. Cuba guna Toilet Train On ..kat Pet Shop ada kot...

    ReplyDelete
  13. hehehehe... kucing kencing atas slipar sy yg sme bt ke 3kali..... rpe nye bru taw ksn asid tu x hlg....

    ReplyDelete
  14. Salam cik. Mungkin saya boleh share satu petua atau produk yg mungkin dapat membantu masalah kucing kencing & berak ni. Cik bokeh gunakan produk penghalau kucing "stray cat repellent" dari Jepun ni. Letak je produk ni, ia akan keluarkan bau yg jadikan kucing gelisah & lari. Yg penting murah, senang & tak seksa binatang. Boleh tengok detail produk ni di website ni http://www.tenringgitshop.com.
    Harap dapat selesaikan masalah semua. Tq

    ReplyDelete
  15. Ni kucing saya spary tiap kali saya move perabot ke tempat baru.. sy naik stress.. nak kemas rumah, kena bagi hadiah dgn kucing pulak.. dah 3 tilam, karpet, baju dia spray.. Allah je tau tahap kemarahan dalam hati tu.. mcm mana nak elak agar dia x spray lagi tiap kali sy move perabot?

    ReplyDelete
  16. Membela kucing perlukan kesabaran sebenarnya.
    Dah namanya binatang.......
    Dah minat semua tu kita kena hadapi....sabarlah

    ReplyDelete
  17. Macamana mengatasi kucing berak berulang tempat biasanya

    ReplyDelete
  18. Kucing jiran seronok duk buat toilet die depan pago sakit ati rse. Letak cuka kejap je jadi lpastu nmpk balik.hadoii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la...tu depan pagar ok lg...ni dekat halaman rumah...alahai...hari2 kna buang...

      Delete
  19. Letakkan air kosong dalam botol plastik yg clear tu.tutup rapat2. Letak le 2, atau 3 -atau 4 botol. Dah cuba .... Kucing jiran tak berak lagi kat situ

    ReplyDelete
  20. Letak air dalam botol plastik clear tu, tak kisah la botol coke ke 7up ke apa apa botol. Tutup rapat2 tudung2 botol.letak je 3,4,5 botol kat situ. Dia nanti akan slowly tak datang berak situ lagi.

    ReplyDelete