Blogger Templates

button like

Saturday 28 April 2012

MUZIUM DORAEMON DI JEPUN!

Bagi anda penggemar watak kartun Doraemon, boleh bernostalgia. Kini sebuah muzium Doraemon didirikan di pinggir bandaraya Tokyo.
Muzium itu juga turut menampilkan pencipta dan pengarang watak Doraemon iaitu Fujiko F. Fujio. Baik Fujiko dan Doraemon merupakan inspirasi bagi siri animasi yang diminati di seluruh dunia ini.

Di muzium tersebut terdapat koleksi sebanyak 50 ribu barang, yang sebahagian besarnya adalah gambar asli Doraemon, serta meja yang selalu digunakan Fujio untuk berkarya, sehinggalah beliau meninggal dunia pada 1996. Bangunan muzium itu juga dilengkapi dengan panggung kecil dan coffeshop. 

Doraemon diterjemahkan hingga ke lebih dari 30 bahasa dan masih popular sehingga kini. Doraemon pernah dipilih sebagai duta budaya kartun untuk Jepun pada tahun 2008.

2 comments:

  1. seronoknyer if dapat pg...walaupun dah belia, saya masih lg suka tgk cite doraemon kat ntv7... xpenah jemu...hehe

    ReplyDelete
  2. wah.. rasa mcm nk pergi je.. saya pun ske tgk cite doraemon.. ^^V

    ReplyDelete